Wednesday, December 23, 2009

MERENTAS DESA PULAU PINANG 2010

Merentas Desa Pulau Pinang 2010 sekali lagi menemui peminat-peminat sukan merentas desa dengan laluan trek yang lebih mencabar fizikal dan mental para peserta. Laluan trek pada tahun ini yang lebih menarik dan amat menepati jiwa peminat acara merentas desa dari dalam mahupun luar negara. Dengan keindahan alam semula jadi, peserta akan melalui laluan berbukit, sawah, kebun sayur, kampung-kampung tradisional, kampung nelayan, tepian pantai dan sedikit menggunakan kawasan perumahan dan jalan raya. Banyak hadiah istimewa untuk cabutan bertuah disediakan dan motorsikal merupakan hadiah utama. Murid-murid sekolah bawah 12 tahun boleh menyertai Merentas Desa Pulau Pinang pada tahun ini. Jangan lepas peluang, sertailah Merentas Desa Pulau Pinang Tahun 2010! Sila muat-turun borang penyertaan dari laman blog ini. Tarikh tutup penyertaan 19 Februari 2010.

Thursday, December 17, 2009

Liga Sukan Komuniti BADMINTON Kawasan DUN Bayan Lepas akan diadakan pada 27 Disember 2009 jam 8.00 pagi bertempat di Dewan SMK Teluk Kumbar. Tarikh tutup penyertaan pada 23 Disember 2009. Yuran penyertaan hanya RM10.00 bagi satu pasukan yang terdiri daripada satu perseorangan lelaki, satu bergu lelaki dan satu bergu wanita. Hadiah wang tunai sebanyak RM500 untuk pasukan johan, RM300 untuk Naib Johan, RM200 untuk tempat ketiga dan RM100 untuk tempat keempat. Yang berminat boleh mendapatkan Borang Penyertaan dari Pusat Khidmat DUN Bayan Lepas atau muat turun dari blog ini. Jangan tunggu lagi!!!

Sunday, December 13, 2009

Semalam Kelab Sukan dan Rekreasi Bandar Baru Teluk Kumbar dan Pemuda UMNO Cawangan Bandar Baru Teluk Kumbar dengan kerjasama Kelab Sukan Komuniti Bayan Lepas telah menganjurkan Pertandingan Bow

ling 2 Sepasukan di Kompleks Bukit Jambul. Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Sdr Rushdi Abd Majid memberitahu bahawa peserta-peserta dari berbagai kawasan seperti Bandar Baru Teluk Kumbar, Bukit Gemuroh dan Seri Bayu, Bayan Lepas. Buat pertama kali menganjurkan pertandingan ini, kehadiran kira-kira 100 orang peserta boleh dianggap satu permulaan yang baik. Ketua Pemuda UMNO Cawangan Bandar Baru Teluk Kumbar Sdr Ismail Budin dalam ucapan semasa majlis penyampaian hadiah berharap dengan adanya kejohanan seperti ini akan dapat merapatkan hubungan silaturahim yang sedia terjalin dan bukanlah hadiah yang menjadi rebutan sebaliknya tali persahabatan yang diutamakan.

Wednesday, December 9, 2009

MERENTAS DESA PULAU PINANG TAHUN 2010

Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Merentas Desa Pulau Pinang Tahun 2010 pada 8 Disember 2009 di Bilik Mesyuarat Kelab Sukan Komuniti Bayan Lepas semalam bersetuju menganjurkan Merentas Desa Pulau Pinang Tahun 2010 pada 28 Februari 2010 dengan laluan trek yang lebih menarik dan bersesuaian dengan jiwa peminat acara merentas desa dalam dan luar negara. Dengan keindahan alam semula jadi, peserta akan melalui laluan berbukit, sawah, kebun sayur, kampung-kampung tradisional, kampung nelayan, tepian pantai dan sedikit menggunakan kawasan perumahan dan jalan raya. Banyak hadiah istimewa untuk cabutan bertuah disediakan dan motorsikal merupakan hadiah utama. Pada tahun ini, murid-murid sekolah bawah 12 tahun berpeluang menyertai Merentas Desa Pulau Pinang pada tahun ini. Jangan lepas peluang, sertailah Merentas Desa Pulau Pinang Tahun 2010!

Thursday, December 3, 2009

LIGA SUKAN KOMUNITI BADMINTON DUN BAYAN LEPAS

KSK Bayan Lepas akan menganjurkan Liga Sukan Komuniti Badminton DUN Bayan Lepas pada 27 Disember 2009 (Ahad) di Dewan SMK Teluk Kumbar II. Pengurus pasukan yang berminat sila 'download' Borang Penyertaan melalui laman blog ini. Dalam bulan November 2009 yang lalu, KSK Bayan Lepas telah pun mengadakan Liga Sukan Komuniti bagi permainan Sepak Takraw, Bola Jaring dan Bola Sepak. Liga Sukan Komuniti Badminton merupakan permainan yang terakhir buat KSK Bayan Lepas bagi menutup kalendar aktiviti tahun 2009.

Sunday, November 29, 2009

PERTANDINGAN BOLA SEPAK LSK BAYAN LEPAS BERMULA!

Pada hari ini 29 Nov. 2009 jam 9.00 pagi Kejohanan Bola Sepak Liga Sukan Komuniti DUN Bayan Lepas anjuran KSK Bayan Lepas dengan kerjasama JKKK(P) Teluk Kumbar dan Belia 4B Teluk Kumbar telah bermula. Menurut Sdr Hisham Hamid, Pengerusi Belia 4 B Teluk Kumbar sebanyak 20 buah pasukan telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini. Pengerusi JKKK(P) Teluk Kumbar, Sdr Md. Rosli Hj. Saaid turut menyaksikan perlawanan pertama pada pagi ini.
Kehadiran pemain dan penyokong begitu ramai pada pagi ini memenuhi ruang di sekeliling padang ini. Tiada insiden kekasaran pemain yang berlaku setakat berita ini ditulis. Semua pengurus/ketua pasukan diharap dapat mengawal emosi pemain masing-masing supaya tidak terlalu ghairah hingga terlupa kepada etika dan semangat dalam bersukan. Ada di kalangan pengurus/ketua pasukan yang ditemubual bersetuju dan menyokong supaya kejohanan seumpama ini dapat diteruskan dari masa ke semasa kerana penganjuran pertandingan bola sepak sekarang ini tidak sehebat dahulu. Majlis penyampaian hadiah dan cenderamata akan disempurnakan oleh YB Tuan Syed Amerrudddin Dato' Syed Ahmad, ADUN Bayan Lepas merangkap Pengerusi KSK Bayan Lepas kira jam 6.30 petang ini. Walaubagaimana pun KSK Bayan Lepas ingin merakamkan syabas dan tahniah kepada JKKK(P) Teluk Kumbar dan Belia 4B Teluk Kumbar selaku Jawatankuasa Pengelola telah berjaya mendapatkan penyertaan yang amat memberangsangkan meliputi pasukan-pasukan dari setiap tempat/kawasan dalam DUN Bayan Lepas.

Saturday, November 28, 2009

Penyertaan pasukan dalam Liga Sukan Komuniti memberangsangkang!

Pada 29 November 2009, Ahad Kelab Sukan Komuniti Bayan Lepas dengan kerjasama JKKKP Teluk Kumbar dan Persatuan Belia 4B Teluk Kumbar akan menganjurkan Liga Sukan Komuniti Bola Sepak DUN Bayan Lepas di Padang Perda Teluk Kumbar. Sdr Hisham Hamid, Pengerusi Persatuan Belia 4B Teluk Kumbar melaporkan sebanyak 20 pasukan akan mengambil bahagian pada hari esok yang akan bermula jam 8.00 pagi. Selain hadiah wang tunai untuk Johan RM500, Naib Johan RM300, Ketiga RM150 dan Keempat RM100, penganjur bercadang memberi cenderamata kepada setiap pemain bagi pasukan-pasukan yang berjaya ke peringkat suku akhir. Semua pemain akan diberikan subsidi untuk makan tengah hari. YB Tuan Syed Amerruddin Dato' Syed Ahmad, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Teluk Kumbar akan menyampaikan hadiah dan cenderamata kepada pasukan dan pemain-pemain yang berjaya pada sebelah petangnya. Semua peminat dijemput hadir beramai-ramai untuk menyaksikan kejohanan tersebut yang mendapat sambutan sangat memberangsangkan bagi kawasan DUN Bayan Lepas.

Friday, November 20, 2009

LIGA SUKAN KOMUNITI BAYAN LEPAS 2009

Pada 8 November 2009 KSK Bayan Lepas telah menganjurkan Liga Sukan Komuniti Sepak Takraw di gelanggang Sepak Takraw Sungai Batu. Disertai oleh 17 pasukan/regu sekitar DUN Bayan Lepas. Majlis Penyampaian Hadiah dan Saguhati kepada pasukan pemenang disempurnakan oleh YB Syed Amerruddin Dato' Hj. Syed Ahmad, ADUN Bayan Lepas. Sekalung tahniah kepada JKKK(P) Sg. Batu, Kelab Belia Sg. Batu dan Persatuan Pengadil Sepak Takraw DBD kerana berjaya mengadakan pertandingan tersebut dengan baik dan lancarnya. Pada 20 Nov. 2009, jam 9.00 malam bertempat di Pusat Khidmat DUN Bayan Lepas akan diadakan undian kumpulan kepada pasukan-pasukan bola jaring yang mengambil bahagian. Pertandingan Bola Jaring akan diadakan pada 22 November 2009 (Ahad) bertempat di padang SMK Teluk Kumbar II. Sebarang pertanyaan sila hubungi Sdr Aizar Bin Md. Said (HP No: 017-4976433), Pengerusi Kelab Seri Gemuroh Teluk Kumbar merangkap Timbalan Pengerusi Pengelola Liga Sukan Komuniti Bola Jaring. Manakala pertandingan bola sepak pula, akan diadakan undian kumpulan pada jam 9.00 malam 25 November 2009 di Bilik Mesyuarat Dewan Gerakan Masyarakat Perda Teluk Kumbar. Pertandingan Liga Bola Sepak akan diadakan pada 29 November 2009 di padang awam Teluk Kumbar. Sebarang pertanyaan sila hubungi Sdr. Hisham Abdul Hamid (HP No: 019-4500007), Pengerusi Belia 4B (M) Teluk Kumbar merangkap Timbalan Pengerusi Pengelola Liga Sukan Komuniti Bola Sepak.

Sunday, November 1, 2009

LIGA SUKAN KOMUNITI BAYAN LEPAS BERMULA!!!!

LIGA SUKAN KOMUNITI BAYAN LEPAS AKAN BERMULA DENGAN PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW YANG AKAN DIADAKAN PADA 8 NOVEMBER 2009 DI GELANGGANG SEPAK TAKRAW SUNGAI BATU. YANG BERMINAT SILA MUAT TURUN BORANG PENYERTAAN MELALUI BLOG INI. TARIKH TUTUP PENYERTAAN PADA 4 NOVEMBER 2009 JAM 9.00 MALAM. ANDA BOLEH DAPATKAN BORANG PENYERTAAN MELALUI PUSAT KHIDMAT DUN BAYAN LEPAS. BAYARAN PENYERTAAN HANYA RM10.00 BAGI SETIAP PASUKAN/REGU. PERTANDINGAN BOLA JARING AKAN DIADAKAN PADA 22 NOVEMBER 2009. BORANG PENYERTAAN BOLA JARING AKAN DIKELUARKAN SELEWAT-LEWATNYA SEMINGGU SEBELUM TARIKH PERTANDINGAN. SEMENTARA ITU PERTANDINGAN BOLA SEPAK DAN BADMINTON AKAN DIADAKAN DALAM BULAN DESEMBER 2009 NANTI. JAWATANKUASA PENGELOLA BELUM MEMUTUSKAN TARIKH DAN VENUE PERTANDINGAN. SEBARANG PERTANYAAN BERKAITAN LIGA SUKAN KOMUNITI DUN BAYAN LEPAS SILA HUBUNGI RUSLI HASHIM, SETIAUSAHA KSK BAYAN LEPAS (012-5387423 / 046492106)

Monday, October 12, 2009

Rumah Terbuka DUN Bayan Lepas 2009

Majlis Rumah Terbuka DUN Bayan Lepas anjuran Kelab Sukan dan Rekreasi Kg. Nelayan dan Pusat Khidmat DUN Bayan Lepas pada 11 Oktober 2009, Ahad yang lalu telah mendapat sambutan yang amat baik dari penduduk sekitar Teluk Kumbar. Pengunjung yang datang terdiri dari pelbagai kaum mencerminkan semangat 1 Malaysia mulai diterima rakyat. Pelbagai juadah dan minuman telah disediakan oleh para petugas yang bertungkus lumus memastikan makanan dan minuman mencukupi. Pusat Khidmat DUN Bayan Lepas ingin mengucapkan penghargaan terima kasih kepada Kelab Sukan dan Rekreasi Kg. Nelayan serta seluruh ahli jawatankuasa kerja yang telah bekerja keras sejak beberapa bulan yang lalu sebagai persiapan bagi mengadakan Jamuan Terbuka pada kali ini. Sekalung tahniah patut diberikan kepada Pengerusi Kelab Sukan dan Rekreasi Kg. Nelayan, Sdr Ahmad Safri dan ahli jawtankuasanya di atas kejayaan itu. Kesempatan ini YB Tuan Syed Amerruddin mengucapkan terima kasih kepada semua para pengunjung yang hadir ke Majlis Rumah Terbuka pada tahun ini dan beliau memohon maaf sekiranya ada kekurangan atau kelemahan di mana-mana di sepanjang majlis itu berlangsung. Beliau berharap majlis seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang kerana ianya dapat merapatkan hubungan silaturahim dan kemesraan di kalangan rakyat pelbagai kaum melalui semangat 1 Malaysia.

Tuesday, September 15, 2009

Menziarahi dan Menyampaikan Sumbangan Duit Raya

Ahad, 13 Sept. 2009 YB Syed Amerruddin telah menziarahi beberapa keluarga yang kurang bernasib baik di kawasan Teluk Kumbar. Beliau telah menyampaikan sumbangan duit raya daripada UDA kepada setiap keluarga yang diziarahi. Pengidap penyakit lumpuh sebahagian badan, Saidin berumur kira-kira 62 tahun mengidap penyakit lumpuh sejak 6 tahun yang lalu. Sebenarnya golongan orang kurang upaya masih ramai yang menghadapi nasib yang sama perlu pembelaan dan sumbangan daripada pihak-pihak yang berkemampuan. Seperti tahun-tahun lalu, UDA sekali lagi sudi menghulur sumbangan kepada golongan miskin dan yang tidak bernasib baik bagi meringankan beban mereka untuk persiapan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini. YB Syed Amerruddin selaku wakil rakyat kawasan DUN Bayan Lepas telah mengadakan beberapa siri lawatan ke kampung-kampung untuk menyampaikan sendiri bantuan Hari Raya kepada mereka yang memerlukan. Terima kasih kepada semua Pengerusi JKKKP dan pemimpin-pemimpin masyarakat yang telah membantu Pusat Khidmat DUN Bayan Lepas untuk mengenalpasti mereka yang layak menerima bantuan tersebut.

Program Menjalur Gemilang Bandar

Pelancaran Jalur Gemilang anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas Pulau Pinang di Pusat Khidmat KADUN Bayan Lepas telah dihadiri oleh Pengerusi-Pengerusi JKKKP kawasan DUN Bayan Lepas. Pengarah JASA turut hadir dalam majlis penyerahan Jalur Gemilang yang disempurnakan oleh YB Syed Amerruddin Dato' Syed Ahmad, ADUN Bayan Lepas. Selepas majlis YB Syed, Pengarah JASA dan beberapa Pengerusi JKKK menyertai aktiviti menyerahkan Jalur Gemilang kepada pemilik-pemilik premis perniagaan di kawasan Bandar Baru Telok Kumbar.

Monday, August 31, 2009

LIGA SUKAN KOMUNITI BAYAN LEPAS

Liga Sukan Komuniti Bayan Lepas akan bermula pada 18 Oktober 2009 dengan melibatkan beberapa jenis sukan seperti Bola Sepak, Bola Jaring, Badminton dan Bola Tampar. Mesyuarat Jawatankuasa KSK Bayan Lepas pada 20 Ogos 2009 telah menetapkan bahawa setiap jenis sukan akan diadakan secara liga. Mesyuarat juga bersetuju bahawa pertubuhan-pertubuhan belia atau kelab sukan setempat akan diberi peluang untuk mengelola setiap jenis sukan tersebut. Borang penyertaan akan dikeluarkan pada 1 Oktober 2009 dan tarikh borang penyertaan peru dikembalikan pada 7 Oktober 2009. Borang permohonan boleh didapati dari Pejabat KSK Bayan Lepas / Pusat Khidmat DUN Bayan Lepas atau anda boleh muat turun dari blog ini. Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Wednesday, March 25, 2009

TARIKH TUTUP MERENTAS DESA DILANJUTKAN!

Tarikh tutup Merentas Desa Pulau Pinang 2009 pada 28 Mac 2009 telah dilanjutkan ke tarikh 30 Mac 2009. Borang penyertaan boleh dikembalikan kepada Unit Pelapes, Majlis Sukan Negara Cawangan Kuala Lumpur, Batu Uban atau di Pusat Khidmat DUN Bayan Lepas, Pulau Pinang. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Rusli (012-5387423) atau Govind (016-4628260) atau Razani (013-5307531).

Friday, March 20, 2009

SIDANG AKHBAR- MERENTAS DESA PULAU PINANG 2009

Suatu sidang akhbar telah diadakan pada 20 Mac 2009, jam 10.00 pagi di Bilik Mesyuarat, Kompleks Belia dan Sukan Pulau Pinang di Batu Uban dengan disertai oleh pihak media. YB Syed Amerruddin selaku Pengerusi KSK Bayan Lepas telah memohon kerjasama pihak media untuk memainkan peranan menghebahkan program melalui media masing-masing. Manakala Dr. Doraisamy mewakili Persatuan Olahraga Amatur Pulau Pinang menyatakan kesediaan pihak persatuan untuk membantu acara ini dengan menyediakan lebih kurang 50 pegawai yang bertauliah. Majlis bergambar turut diadakan sebaik sahaja sidang akhbar yang serba ringkas dan sederhana itu tamat kira-kira 15 mini kemudian.

Wednesday, March 18, 2009

MERENTAS DESA PULAU PINANG 2009

Anda yang berminat, boleh muat-turun borang penyertaan melalui blog ini! Tarikh tutup pada 28 Mac 2009. Hadiah utama cabutan bertuah sebuah motorsikal. Jangan lepaskan peluang ini!

Wednesday, March 4, 2009

MERENTAS DESA PULAU PINANG TAHUN 2009

Program Merentas Desa Pulau Pinang 2009 akan diadakan pada 5 April 2009 anjuran bersama Kelab Sukan Komuniti Bayan Lepas dan Persatuan Olahraga Amatur Pulau Pinang (POAPP). Laluan sejauh 6.0km hingga 8.0km yang akan melalui kawasan sawah padi dan pertanian, kawasan perkampungan, mendaki dan menuruni bukit, kawasan kampung-kampung nelayan Cina dan Melayu, kawasan pantai dan kawasan perumahan. Pihak penganjur akan menyediakan sebuah motorsikal sebagai hadiah utama dan lain-lain hadiah untuk cabutan bertuah bagi peserta yang layak menamatkan larian dengan tempoh masa yang ditetapkan. Mereka yang berminat sila dapatkan Borang Penyertaan dari Pusat Khidmat DUN Bayan Lepas, Kompleks Belia dan Sukan Batu Uban, Jabatan Belia dan Sukan Negeri dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah. Tarikh tutup mengembalikan Borang Penyertaan selewat-lewatnya pada 28 Mac 2009.

Tuesday, January 20, 2009

ADUN Bayan Lepas menziarahi ahli keluarga mangsa kebakaran di Kg. Masjid, Telok Kumbar

Kira-kira jam 12.15 tengah malam, wakil rakyat DUN Bayan Lepas, YB Tuan Syed Amerruddin tiba di tempat kejadian kebakaran selepas beliau mempengerusi suatu mesyuarat di tempat lain. Kehadiran wakil rakyat pada waktu lewat malam itu sedikit sebanyak melegakan mangsa kebakaran tersebut. Tuan punya rumah, Pn Selamah Hj. Mohamad tidak ada di rumah semasa kejadian. Kebakaran yang dikatakan berlaku kira-kira jam 8.30 malam itu turut merosakkan sebahagian rumah kepunyaan En. Ahmad Said. Pengerusi dan Setiausaha JKKK (P) turut mengikuti lawatan itu bagi kali yang kedua. YB Tuan Syed Amerruddin meminta pemimpin tempatan khususnya Pengerusi JKKK(P) berusaha memberi bantuan melalui saluran yang sedia ada. Punca kejadian masih belum diketahui.

Wednesday, January 14, 2009

FOTO: ADUN BAYAN LEPAS TAHUN 2008

Sunday, January 11, 2009

Pusat Khidmat DUN Bayan Lepas

Pusat Khidmat DUN Bayan Lepas telah beroperasi mulai awal bulan Disember 2008 bertempat di No.14, Tingkat Atas, Bandar Baru Telok Kumbar berkongsi ruang pejabat dengan Kelab Sukan Komuniti Bayan Lepas. Wakil Rakyat Kawasan Dewan Undangan Negeri Bayan Lepas, YB Tuan Syed Amerruddin Dato Syed Ahmad mengalu-alukan kehadiran orang ramai ke Pusat Khidmat Khidmat beliau. Selaku wakil rakyat yang berpengalaman, beliau bersedia untuk mendengar dan membantu penduduk yang ada masalah. Pusat Khidmat DUN Bayan Lepas ini akan dibuka pada setiap hari mulai Isnin hingga Jumaat pada setiap sesi pagi. Sebelah petang, beliau akan membuat lawatan kerja serta menghadiri perjumpaan-perjumpaan dengan pemimpin masyarakat dan sebagainya. Pegawai khas beliau juga bersedia untuk membantu penduduk semasa ketiadaan beliau di pejabat.