Monday, October 12, 2009

Rumah Terbuka DUN Bayan Lepas 2009

Majlis Rumah Terbuka DUN Bayan Lepas anjuran Kelab Sukan dan Rekreasi Kg. Nelayan dan Pusat Khidmat DUN Bayan Lepas pada 11 Oktober 2009, Ahad yang lalu telah mendapat sambutan yang amat baik dari penduduk sekitar Teluk Kumbar. Pengunjung yang datang terdiri dari pelbagai kaum mencerminkan semangat 1 Malaysia mulai diterima rakyat. Pelbagai juadah dan minuman telah disediakan oleh para petugas yang bertungkus lumus memastikan makanan dan minuman mencukupi. Pusat Khidmat DUN Bayan Lepas ingin mengucapkan penghargaan terima kasih kepada Kelab Sukan dan Rekreasi Kg. Nelayan serta seluruh ahli jawatankuasa kerja yang telah bekerja keras sejak beberapa bulan yang lalu sebagai persiapan bagi mengadakan Jamuan Terbuka pada kali ini. Sekalung tahniah patut diberikan kepada Pengerusi Kelab Sukan dan Rekreasi Kg. Nelayan, Sdr Ahmad Safri dan ahli jawtankuasanya di atas kejayaan itu. Kesempatan ini YB Tuan Syed Amerruddin mengucapkan terima kasih kepada semua para pengunjung yang hadir ke Majlis Rumah Terbuka pada tahun ini dan beliau memohon maaf sekiranya ada kekurangan atau kelemahan di mana-mana di sepanjang majlis itu berlangsung. Beliau berharap majlis seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang kerana ianya dapat merapatkan hubungan silaturahim dan kemesraan di kalangan rakyat pelbagai kaum melalui semangat 1 Malaysia.

1 KOMEN:

Busu said...

rakyat kembali sayang kepada perjuangan UMNo yang tampak lebih jujur dan ikhlas.