Thursday, December 23, 2010

Anugerah KSK Cemerlang tahun 2010 kepada KSK Bayan Lepas

Majlis ASUS di PICC

YB Syed menerima anugerah

AJK KSK Bayan Lepas bergambar
Semalam kira-kira jam 9.30 malam bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, KSK Bayan Lepas telah diumumkan sebagai KSK Cemerlang bagi tahun 2010. Sebanyak 12 buah Kelab Sukan Komuniti telah dicalonkan peringkat kebangsaan, cuma satu yang dipilih oleh ahli panel.
YB Tn Syed Amerruddin Dato' Syed Ahmad, Pengerusi KSK Bayan Lepas telah diberi penghormatan untuk menerima hadiah sebuah trofi, sijil pengiktirafan dan wang tunai RM5000 daripada wakil Menteri Belia dan Sukan dalam majlis itu. Pengerusi dan AJK KSK Bayan Lepas ingin melahirkan rasa gembira di atas pengiktirafan yang diberikan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Terima kasih kepada ahli panel Anugerah Sukan Untuk Semua dan terima kasih kepada semua pihak termasuklah agensi-agensi kerajaan dan NGO-NGO tempatan seperti Persatuan Olahraga Amatur Pulau Pinang (PAAA), Kelab Seri Gemuroh (MAYC), JKKK(P) Bukit Gemuroh, JKKK(P) Teluk Kumbar, JKKK(P) Sungai Batu, Pusat Khidmat DUN Bayan Lepas, Belia 4B Teluk Kumbar, Pertubuhan Wanita Kg. Suluk, Kelab Sukan dan Rekreasi Kg. Nelayan dan lain-lain yang telah memberi sokongan secara langsung mahupun tidak langsung kepada kelab ini hingga mencapai kejayaan yang tertinggi di peringkat kebangsaan pada tahun 2010.

Monday, December 6, 2010

ADUN Bayan Lepas menziarahi keluarga kurang bernasib baik!

YB Syed menjelaskan sesuatu!
Hari ini jam 11.30 pagi, ADUN Bayan Lepas, YB Syed Amerruddin Dato' Hj. Syed Ahmad bersama Pegawai Kebajikan Masyarakat serta pemimpin tempatan telah menziarahi beberapa keluarga kurang bernasib baik di Kg. Paya dan Kg. Jalan Sepakat Teluk Kumbar. Dalam lawatan itu, masalah rakyat didengar dan diberi perhatian oleh ADUN Bayan Lepas selari dengan konsep "Rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan". Pegawai Pejabat Kebajikan Masyarakat, En Asraf turut melakukan pemantauan dan penilaian bagi keluarga-keluarga yang layak dibantu. Usaha ADUN Bayan Lepas turun menemui rakyat yang kurang bernasib ini telah memberi sedikit suntikan semangat kepada keluarga tersebut. Masih ada pihak yang ingin membantu dan menyayangi mereka yang sudah penghujung usia. 
Sedang berbual dengan warga emas!




Thursday, December 2, 2010

Mesyuarat Jawatankuasa KSK Bayan Lepas

Semua ahli Jawatankuasa KSK Bayan Lepas dijemput hadir mesyuarat tersebut di atas pada 6 Disember 2010 jam 9.00 malam di Bilik Mesyuarat Kelab Sukan Komuniti Bayan Lepas, Pulau Pinang. Kehadiran tuan amat dihargai bagi tujuan membincangkan beberapa perkara terutama persiapan menganjurkan Merentas Pulau Pinang Yang Ketiga dan lain-lain aktiviti bagi tahun 2011. Harap maklum, terima kasih.