Thursday, December 23, 2010

Anugerah KSK Cemerlang tahun 2010 kepada KSK Bayan Lepas

Majlis ASUS di PICC

YB Syed menerima anugerah

AJK KSK Bayan Lepas bergambar
Semalam kira-kira jam 9.30 malam bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, KSK Bayan Lepas telah diumumkan sebagai KSK Cemerlang bagi tahun 2010. Sebanyak 12 buah Kelab Sukan Komuniti telah dicalonkan peringkat kebangsaan, cuma satu yang dipilih oleh ahli panel.
YB Tn Syed Amerruddin Dato' Syed Ahmad, Pengerusi KSK Bayan Lepas telah diberi penghormatan untuk menerima hadiah sebuah trofi, sijil pengiktirafan dan wang tunai RM5000 daripada wakil Menteri Belia dan Sukan dalam majlis itu. Pengerusi dan AJK KSK Bayan Lepas ingin melahirkan rasa gembira di atas pengiktirafan yang diberikan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Terima kasih kepada ahli panel Anugerah Sukan Untuk Semua dan terima kasih kepada semua pihak termasuklah agensi-agensi kerajaan dan NGO-NGO tempatan seperti Persatuan Olahraga Amatur Pulau Pinang (PAAA), Kelab Seri Gemuroh (MAYC), JKKK(P) Bukit Gemuroh, JKKK(P) Teluk Kumbar, JKKK(P) Sungai Batu, Pusat Khidmat DUN Bayan Lepas, Belia 4B Teluk Kumbar, Pertubuhan Wanita Kg. Suluk, Kelab Sukan dan Rekreasi Kg. Nelayan dan lain-lain yang telah memberi sokongan secara langsung mahupun tidak langsung kepada kelab ini hingga mencapai kejayaan yang tertinggi di peringkat kebangsaan pada tahun 2010.

1 KOMEN:

Anonymous said...

Salam pada semua ajk dan taniah diucapkan pada seluruh warga kerja yang bekerja keras untuk memperolehi gelaran KSK CEMERLANG KEBANGSAAN.Saya diatas peribadi ingin myucap setinngi taniah pada YB SYED AMERRUDIN SELAKU PENGERUSI KSK DAN ORANG KUAT KSK BAYAN LEPAS YANG BEKERJA SIANG MALAM UNTUK MEMASTIKAN JOHAN ADALAH MILIK KSK BAYAN LEPAS ENCIK RUSLI HASHIM S/USAHA KSK BAYAN LEPAS TANAIH....TANIAH......DAN TANAIH...