Wednesday, March 9, 2011

MERENTAS DESA PULAU PINANG 2011

Acara Merentas Desa Pulau Pinang 2011 telah pun selesai dengan jayanya. Pihak penganjur - KSK Bayan Lepas dan Persatuan Olahraga Amatur Pulau Pinang (PAAA) ingin merakamkan penghargaan terima kasih kepada semua peserta sama ada peserta tempatan mahu pun peserta dari luar negeri Pulau Pinang. Ucapan terima kasih juga kepada Pengetua dan Guru Besar beberapa buah sekolah menengah dan sekolah rendah dalam Daerah Barat Daya kerana telah menghantar peserta yang begitu ramai mewakili sekolah masing-masing. Tahniah kepada peserta-peserta yang berjaya memperolehi trofi kemenangan, hamper serta pingat penamat dalam acara MDPP pada tahun ini. Namun begitu pihak penganjur sentiasa mengalu-alukan pandangan dan teguran daripada peserta-peserta MDPP 2011 dalam usaha untuk meningkatkan lagi prestasi sukan olahraga ini pada masa akan datang. Harap jumpa lagi dalam acara MDPP 2012!
Nota: Keputusan rasmi MDPP 2011 boleh dimuat-turun melalui laman blog ini.

Saturday, February 12, 2011

Tempat-tempat Yang Boleh Menerima Pendaftaran Peserta Merentas Desa Pulau Pinang 2011

Kelab Sukan Komuniti Bayan Lepas 
No.14, Tingkat Atas, Bandar Baru Teluk Kumbar, 
Bayan Lepas, 11950 Pulau Pinang.  
Tel.: 04-6493922 

Persatuan Olahraga Amatur Pulau Pinang
(belakang Cafeteria/Mini Market) Seameo-Recsam, 
11900 Gelugor.
Pulau Pinang.

  Semua Pendaftaran di Pejabat Belia Daerah 
   pada hari kerja sahaja
   mulai jam 9.00 pagi - 12.30 t/h 
   dan  2.45 ptg.- 4.00 ptg.

Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Barat Daya
D/A. Pertubuhan Peladang Kawasan (Ppk), Simpang Empat, Balik Pulau, 11000 Pulau Pinang
Tel : 04-8668244 Fax : 04-8668244

Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Seberang Perai Selatan
Kompleks Rakan Muda, Jalan Serindit, 14200, Sungai Jawi, Seberang Perai Selatan
Tel : 04-5824380 Fax : 04-5824380

Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Timur Laut
D/A Kompleks Belia Dan Sukan, Batu Uban, Jalan Sultan Azlan Shah, 11700 Gelugor Pulau Pinang
Tel: 04-6598515 Fax: 04-6598516

Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Seberang Perai Tengah
No.1A, Lorong Perda Selatan 2, Bandar Perda, 14000 Bukit Mertajam Pulau Pinang
Tel: 04-5304060 Fax: 04-5393040

Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Seberang Perai Utara
Tingkat 9, Wisma Peladang, Jalan Kampung Gajah, 12200 Butterworth, Pulau Pinang
Tel : 04-3327364 Fax : 04-3327364

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman blog:
Laman Blog PAAA          http://penangaaa.blogspot.com/

Tuesday, January 25, 2011

Borang Penyertaan dan Hadiah Untuk MDPP 2011

Untuk makluman tn/pn peminat-peminat sukan Merentas Desa;
Borang-borang penyertaan boleh diperolehi dari beberapa lokasi:
1. Pejabat KSK Bayan Lepas di Bandar Baru Teluk Kumbar, Pulau Pinang. Tel. 04-6493922
2. Pejabat Persatuan Olahraga Amatur Pulau Pinang (PAAA) di Recsam Cafetaria.
3. Semua Pejabat-Pejabat Belia dan Sukan Daerah (DBD, DTL, SPU, SPT dan SPS)
Tn/pn juga boleh download Borang Penyertaan dan Peta Laluan dari Laman Blog ini.
Sepertimana acara Merentas Desa tahun sebelum ini, setiap peserta akan berpeluang memperolehi, iaitu:
  1. Baju T
  2. Sijil Penyertaan
  3. Minuman percuma
  4. Hadiah-hadiah Cabutan Bertuah yang lumayan dan menarik.
  5. Pingat penamat- jumlahnya bergantung kepada jumlah peserta setiap kategori.
  6. Trofi untuk Johan, Kedua dan Ketiga (Tambahan)
    Tuan/puan yang memerlukan penginapan boleh hubungi pemilik-pemilik homestay yang tersenarai di sebelah kanan laman ini.
    Sebarang pertanyaan sila hubungi Rusli 012-5387423 / Govind 016-4628260 / Razani 013-5307531

    Friday, January 21, 2011

    SIDANG AKHBAR: MERENTAS DESA PULAU PINANG 2011



    Wednesday, January 19, 2011

    MERENTAS DESA PULAU PINANG 2011

    Sila klik pada banner di atas untuk imej yang lebih jelas!

    Tuesday, January 18, 2011

    SIDANG AKHBAR: Merentas Desa Pulau Pinang 2011

    Sidang Akhbar Merentas Desa Pulau Pinang (MDPP) 2011 akan diadakan pada 21 Januari 2011 jam 9.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Pusat Khidmat DUN Bayan Lepas, Teluk Kumbar Pulau Pinang. YB Tuan Syed Amerruddin Dato' Syed Ahmad, Pengerusi KSK Bayan Lepas dan Dato' Presiden PAAA dijangka hadir dalam sidang akhbar tersebut.

    Sunday, January 9, 2011

    MERENTAS DESA PULAU PINANG 2011

    Sekali lagi KSK Bayan Lepas dan Persatuan Olahraga Amatur Pulau Pinang (PAAA) akan menganjurkan Merentas Desa Pulau Pinang bagi tahun 2011 pada 6 Mac 2011. Selepas mesyuarat post mortem, pihak penganjur akan membuat beberapa penambahbaikan supaya acara MDPP 2011 lebih mencabar dan menarik lagi. Antara cadangan penambahbaikkan ialah:
    • Menambahkan pingat kepada pemenang Johan, Naib Johan dan Ketiga untuk semua kategori.
    • Pingat penamat semua kategori akan diberikan.
    • Setiap peserta akan memperolehi Sijil Penyertaan, Kopon Minuman, Kopon Ais Krim dan Roti.
    • Hadiah utama cabutan bertuah ialah 3 buah Mountain Bike yang bernilai RM4000 serta banyak lagi lain-lain hadiah lumayan.
    • Peserta-peserta akan melalui pantai, bukit-bukau, dusun, kebun sayur-sayuran dan kampung-kampung tradisional.
    • Pada tahun ini, penganjur akan menambah bilangan tandas yang mencukupi bagi memenuhi hajat peserta.
    Borang penyertaan akan dikeluarkan tidak lama lagi.

    Harap maklum.