Tuesday, January 17, 2012

MERENTAS DESA PULAU PINANG TAHUN 2012

Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola MDPP 2012 pada 15 Januari 2012 telah menetapkan tarikh Merentas Desa Pulau Pinang pada tahun ini (2012) pada 18 Mac 2012 (Ahad). Trofi, medal penamat dan sijil penyertaan akan dikeluarkan oleh penganjur sepertimana tahun-tahun sebelum ini.
Yuran penyertaan akan dikekalkan semua kategori. Manakala nilai hadiah cabutan bertuah untuk peserta telah ditambah dengan hadiah dan peluang untuk menang lebih menarik. Borang penyertaan MDPP telah diedarkan pada 13 Februari 2012 melalui Pejabat Belia Daerah Barat Daya (Tel. No: 04-8668244), Pejabat Belia Daerah Timur Laut (Tel.No: 04-659515), Pejabat Belia Daerah Seb. Prai Selatan (Tel. No:04-5824380), Pejabat Belia Daerah Seb. Prai Tengah (Tel. No: 04-5303030), Pejabat Belia Daerah Seb. Prai Utara (Tel. No: 04-5751066), Pusat Khidmat DUN Bayan Lepas (Tel. No: 04-6493922), Pejabat PAAA dan Pejabat SMK Teluk Kumbar 2. Borang Penyertaan juga boleh dimuat-turun melalui laman blog ini http://kskbayanlepas.blogspot.com.