Thursday, January 28, 2010

Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola MDPP 2010

Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Merentas Desa Pulau Pinang yang diadakan pada 25 Januari 2010 telah bersetuju menimbangkan beberapa cadangan tambahan untuk peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam MDPP 2010 ini. Oleh itu setiap peserta Merentas Desa Pulau Pinang 2010 yang akan diadakan pada 28 Februari 2010 akan berpeluang memperolehi:

  1. Pingat Pemenang setiap kategori.
  2. Pingat Penamat kepada peserta-peserta.
  3. Mini hamper kepada 5 pemenang setiap kategori.
  4. Menyediakan minuman Milo dan makanan percuma (ais krim dan roti bun)
  5. Sijil Penyertaan kepada semua peserta.
  6. Baju T kepada semua peserta.
  7. Kopon Cabutan Bertuah.
Jawatankuasa Pengelola sedang menghubungi pemilik-pemilik Homestay yang beroperasi di kawasan Teluk Kumbar dan Bayan Lepas untuk peserta-peserta dari luar Pulau Pinang yang memerlukan penginapan.

Tuesday, January 12, 2010

INFO: MERENTAS DESA PULAU PINANG 2010

Penganjur: KSK Bayan Lepas dan Persatuan Olahraga Amatur Pulau Pinang (PAAA) Borang Penyertaan boleh didapati daripada: 1. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang di Tingkat 40 KOMTAR 2. Pejabat-Pejabat Belia dan Sukan Daerah (Barat Daya/Timur Laut/SPS/SPT/SPU) 3. Pejabat KSK Bayan Lepas/Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bayan Lepas Isnin-Khamis 9.00pg - 12.00 tgh. (No.14 Tingkat Atas, Bandar Baru Perda Teluk Kumbar - lokasi: antara Restauran Zainab dan Restauran Qudrat. 4. Persatuan Olahraga Amatur Pulau Pinang (PAAA) -belakang Cafetaria/Mini Market Seameo-Recsam, Gelugor, Pulau Pinang. Isnin-Jumaat 6.00ptg-8.00mlm. Sabtu-Ahad 3.00-6.00 ptg. 5. Muat-turun dari laman blog Kelab Sukan Komuniti Bayan Lepas - http://kskbayanlepas.blogspot.com. Jarak larian: Lelaki Terbuka - 8km, Wanita Terbuka/Lelaki Junior/Wanita Junior/Lelaki Junior Vet./Lelaki Senior Vet./Wanita Veteran - 6 km. dan Kanak-Kanak 12 Tahun ke bawah - 2.5 km. Hadiah dan lain-lain: Pingat untuk pemenang bagi semua kategori, Sijil Penyertaan, Baju T, Cabutan Bertuah dan Minuman Percuma. Sebarang pertanyaan sila hubungi: Rusli Hashim 012-5387423 / Govind 016-4628260 / Razani 013-5397531 / 04-6493922. Tarikh Tutup: 19 Februari 2010.