Tuesday, January 25, 2011

Borang Penyertaan dan Hadiah Untuk MDPP 2011

Untuk makluman tn/pn peminat-peminat sukan Merentas Desa;
Borang-borang penyertaan boleh diperolehi dari beberapa lokasi:
1. Pejabat KSK Bayan Lepas di Bandar Baru Teluk Kumbar, Pulau Pinang. Tel. 04-6493922
2. Pejabat Persatuan Olahraga Amatur Pulau Pinang (PAAA) di Recsam Cafetaria.
3. Semua Pejabat-Pejabat Belia dan Sukan Daerah (DBD, DTL, SPU, SPT dan SPS)
Tn/pn juga boleh download Borang Penyertaan dan Peta Laluan dari Laman Blog ini.
Sepertimana acara Merentas Desa tahun sebelum ini, setiap peserta akan berpeluang memperolehi, iaitu:
  1. Baju T
  2. Sijil Penyertaan
  3. Minuman percuma
  4. Hadiah-hadiah Cabutan Bertuah yang lumayan dan menarik.
  5. Pingat penamat- jumlahnya bergantung kepada jumlah peserta setiap kategori.
  6. Trofi untuk Johan, Kedua dan Ketiga (Tambahan)
    Tuan/puan yang memerlukan penginapan boleh hubungi pemilik-pemilik homestay yang tersenarai di sebelah kanan laman ini.
    Sebarang pertanyaan sila hubungi Rusli 012-5387423 / Govind 016-4628260 / Razani 013-5307531

    Friday, January 21, 2011

    SIDANG AKHBAR: MERENTAS DESA PULAU PINANG 2011



    Wednesday, January 19, 2011

    MERENTAS DESA PULAU PINANG 2011

    Sila klik pada banner di atas untuk imej yang lebih jelas!

    Tuesday, January 18, 2011

    SIDANG AKHBAR: Merentas Desa Pulau Pinang 2011

    Sidang Akhbar Merentas Desa Pulau Pinang (MDPP) 2011 akan diadakan pada 21 Januari 2011 jam 9.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Pusat Khidmat DUN Bayan Lepas, Teluk Kumbar Pulau Pinang. YB Tuan Syed Amerruddin Dato' Syed Ahmad, Pengerusi KSK Bayan Lepas dan Dato' Presiden PAAA dijangka hadir dalam sidang akhbar tersebut.

    Sunday, January 9, 2011

    MERENTAS DESA PULAU PINANG 2011

    Sekali lagi KSK Bayan Lepas dan Persatuan Olahraga Amatur Pulau Pinang (PAAA) akan menganjurkan Merentas Desa Pulau Pinang bagi tahun 2011 pada 6 Mac 2011. Selepas mesyuarat post mortem, pihak penganjur akan membuat beberapa penambahbaikan supaya acara MDPP 2011 lebih mencabar dan menarik lagi. Antara cadangan penambahbaikkan ialah:
    • Menambahkan pingat kepada pemenang Johan, Naib Johan dan Ketiga untuk semua kategori.
    • Pingat penamat semua kategori akan diberikan.
    • Setiap peserta akan memperolehi Sijil Penyertaan, Kopon Minuman, Kopon Ais Krim dan Roti.
    • Hadiah utama cabutan bertuah ialah 3 buah Mountain Bike yang bernilai RM4000 serta banyak lagi lain-lain hadiah lumayan.
    • Peserta-peserta akan melalui pantai, bukit-bukau, dusun, kebun sayur-sayuran dan kampung-kampung tradisional.
    • Pada tahun ini, penganjur akan menambah bilangan tandas yang mencukupi bagi memenuhi hajat peserta.
    Borang penyertaan akan dikeluarkan tidak lama lagi.

    Harap maklum.