Wednesday, December 23, 2009

MERENTAS DESA PULAU PINANG 2010

Merentas Desa Pulau Pinang 2010 sekali lagi menemui peminat-peminat sukan merentas desa dengan laluan trek yang lebih mencabar fizikal dan mental para peserta. Laluan trek pada tahun ini yang lebih menarik dan amat menepati jiwa peminat acara merentas desa dari dalam mahupun luar negara. Dengan keindahan alam semula jadi, peserta akan melalui laluan berbukit, sawah, kebun sayur, kampung-kampung tradisional, kampung nelayan, tepian pantai dan sedikit menggunakan kawasan perumahan dan jalan raya. Banyak hadiah istimewa untuk cabutan bertuah disediakan dan motorsikal merupakan hadiah utama. Murid-murid sekolah bawah 12 tahun boleh menyertai Merentas Desa Pulau Pinang pada tahun ini. Jangan lepas peluang, sertailah Merentas Desa Pulau Pinang Tahun 2010! Sila muat-turun borang penyertaan dari laman blog ini. Tarikh tutup penyertaan 19 Februari 2010.

Thursday, December 17, 2009

Liga Sukan Komuniti BADMINTON Kawasan DUN Bayan Lepas akan diadakan pada 27 Disember 2009 jam 8.00 pagi bertempat di Dewan SMK Teluk Kumbar. Tarikh tutup penyertaan pada 23 Disember 2009. Yuran penyertaan hanya RM10.00 bagi satu pasukan yang terdiri daripada satu perseorangan lelaki, satu bergu lelaki dan satu bergu wanita. Hadiah wang tunai sebanyak RM500 untuk pasukan johan, RM300 untuk Naib Johan, RM200 untuk tempat ketiga dan RM100 untuk tempat keempat. Yang berminat boleh mendapatkan Borang Penyertaan dari Pusat Khidmat DUN Bayan Lepas atau muat turun dari blog ini. Jangan tunggu lagi!!!

Sunday, December 13, 2009

Semalam Kelab Sukan dan Rekreasi Bandar Baru Teluk Kumbar dan Pemuda UMNO Cawangan Bandar Baru Teluk Kumbar dengan kerjasama Kelab Sukan Komuniti Bayan Lepas telah menganjurkan Pertandingan Bow

ling 2 Sepasukan di Kompleks Bukit Jambul. Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Sdr Rushdi Abd Majid memberitahu bahawa peserta-peserta dari berbagai kawasan seperti Bandar Baru Teluk Kumbar, Bukit Gemuroh dan Seri Bayu, Bayan Lepas. Buat pertama kali menganjurkan pertandingan ini, kehadiran kira-kira 100 orang peserta boleh dianggap satu permulaan yang baik. Ketua Pemuda UMNO Cawangan Bandar Baru Teluk Kumbar Sdr Ismail Budin dalam ucapan semasa majlis penyampaian hadiah berharap dengan adanya kejohanan seperti ini akan dapat merapatkan hubungan silaturahim yang sedia terjalin dan bukanlah hadiah yang menjadi rebutan sebaliknya tali persahabatan yang diutamakan.

Wednesday, December 9, 2009

MERENTAS DESA PULAU PINANG TAHUN 2010

Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Merentas Desa Pulau Pinang Tahun 2010 pada 8 Disember 2009 di Bilik Mesyuarat Kelab Sukan Komuniti Bayan Lepas semalam bersetuju menganjurkan Merentas Desa Pulau Pinang Tahun 2010 pada 28 Februari 2010 dengan laluan trek yang lebih menarik dan bersesuaian dengan jiwa peminat acara merentas desa dalam dan luar negara. Dengan keindahan alam semula jadi, peserta akan melalui laluan berbukit, sawah, kebun sayur, kampung-kampung tradisional, kampung nelayan, tepian pantai dan sedikit menggunakan kawasan perumahan dan jalan raya. Banyak hadiah istimewa untuk cabutan bertuah disediakan dan motorsikal merupakan hadiah utama. Pada tahun ini, murid-murid sekolah bawah 12 tahun berpeluang menyertai Merentas Desa Pulau Pinang pada tahun ini. Jangan lepas peluang, sertailah Merentas Desa Pulau Pinang Tahun 2010!

Thursday, December 3, 2009

LIGA SUKAN KOMUNITI BADMINTON DUN BAYAN LEPAS

KSK Bayan Lepas akan menganjurkan Liga Sukan Komuniti Badminton DUN Bayan Lepas pada 27 Disember 2009 (Ahad) di Dewan SMK Teluk Kumbar II. Pengurus pasukan yang berminat sila 'download' Borang Penyertaan melalui laman blog ini. Dalam bulan November 2009 yang lalu, KSK Bayan Lepas telah pun mengadakan Liga Sukan Komuniti bagi permainan Sepak Takraw, Bola Jaring dan Bola Sepak. Liga Sukan Komuniti Badminton merupakan permainan yang terakhir buat KSK Bayan Lepas bagi menutup kalendar aktiviti tahun 2009.