Wednesday, March 9, 2011

MERENTAS DESA PULAU PINANG 2011

Acara Merentas Desa Pulau Pinang 2011 telah pun selesai dengan jayanya. Pihak penganjur - KSK Bayan Lepas dan Persatuan Olahraga Amatur Pulau Pinang (PAAA) ingin merakamkan penghargaan terima kasih kepada semua peserta sama ada peserta tempatan mahu pun peserta dari luar negeri Pulau Pinang. Ucapan terima kasih juga kepada Pengetua dan Guru Besar beberapa buah sekolah menengah dan sekolah rendah dalam Daerah Barat Daya kerana telah menghantar peserta yang begitu ramai mewakili sekolah masing-masing. Tahniah kepada peserta-peserta yang berjaya memperolehi trofi kemenangan, hamper serta pingat penamat dalam acara MDPP pada tahun ini. Namun begitu pihak penganjur sentiasa mengalu-alukan pandangan dan teguran daripada peserta-peserta MDPP 2011 dalam usaha untuk meningkatkan lagi prestasi sukan olahraga ini pada masa akan datang. Harap jumpa lagi dalam acara MDPP 2012!
Nota: Keputusan rasmi MDPP 2011 boleh dimuat-turun melalui laman blog ini.