Tuesday, September 15, 2009

Menziarahi dan Menyampaikan Sumbangan Duit Raya

Ahad, 13 Sept. 2009 YB Syed Amerruddin telah menziarahi beberapa keluarga yang kurang bernasib baik di kawasan Teluk Kumbar. Beliau telah menyampaikan sumbangan duit raya daripada UDA kepada setiap keluarga yang diziarahi. Pengidap penyakit lumpuh sebahagian badan, Saidin berumur kira-kira 62 tahun mengidap penyakit lumpuh sejak 6 tahun yang lalu. Sebenarnya golongan orang kurang upaya masih ramai yang menghadapi nasib yang sama perlu pembelaan dan sumbangan daripada pihak-pihak yang berkemampuan. Seperti tahun-tahun lalu, UDA sekali lagi sudi menghulur sumbangan kepada golongan miskin dan yang tidak bernasib baik bagi meringankan beban mereka untuk persiapan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini. YB Syed Amerruddin selaku wakil rakyat kawasan DUN Bayan Lepas telah mengadakan beberapa siri lawatan ke kampung-kampung untuk menyampaikan sendiri bantuan Hari Raya kepada mereka yang memerlukan. Terima kasih kepada semua Pengerusi JKKKP dan pemimpin-pemimpin masyarakat yang telah membantu Pusat Khidmat DUN Bayan Lepas untuk mengenalpasti mereka yang layak menerima bantuan tersebut.

Program Menjalur Gemilang Bandar

Pelancaran Jalur Gemilang anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas Pulau Pinang di Pusat Khidmat KADUN Bayan Lepas telah dihadiri oleh Pengerusi-Pengerusi JKKKP kawasan DUN Bayan Lepas. Pengarah JASA turut hadir dalam majlis penyerahan Jalur Gemilang yang disempurnakan oleh YB Syed Amerruddin Dato' Syed Ahmad, ADUN Bayan Lepas. Selepas majlis YB Syed, Pengarah JASA dan beberapa Pengerusi JKKK menyertai aktiviti menyerahkan Jalur Gemilang kepada pemilik-pemilik premis perniagaan di kawasan Bandar Baru Telok Kumbar.