Wednesday, March 25, 2009

TARIKH TUTUP MERENTAS DESA DILANJUTKAN!

Tarikh tutup Merentas Desa Pulau Pinang 2009 pada 28 Mac 2009 telah dilanjutkan ke tarikh 30 Mac 2009. Borang penyertaan boleh dikembalikan kepada Unit Pelapes, Majlis Sukan Negara Cawangan Kuala Lumpur, Batu Uban atau di Pusat Khidmat DUN Bayan Lepas, Pulau Pinang. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Rusli (012-5387423) atau Govind (016-4628260) atau Razani (013-5307531).

Friday, March 20, 2009

SIDANG AKHBAR- MERENTAS DESA PULAU PINANG 2009

Suatu sidang akhbar telah diadakan pada 20 Mac 2009, jam 10.00 pagi di Bilik Mesyuarat, Kompleks Belia dan Sukan Pulau Pinang di Batu Uban dengan disertai oleh pihak media. YB Syed Amerruddin selaku Pengerusi KSK Bayan Lepas telah memohon kerjasama pihak media untuk memainkan peranan menghebahkan program melalui media masing-masing. Manakala Dr. Doraisamy mewakili Persatuan Olahraga Amatur Pulau Pinang menyatakan kesediaan pihak persatuan untuk membantu acara ini dengan menyediakan lebih kurang 50 pegawai yang bertauliah. Majlis bergambar turut diadakan sebaik sahaja sidang akhbar yang serba ringkas dan sederhana itu tamat kira-kira 15 mini kemudian.

Wednesday, March 18, 2009

MERENTAS DESA PULAU PINANG 2009

Anda yang berminat, boleh muat-turun borang penyertaan melalui blog ini! Tarikh tutup pada 28 Mac 2009. Hadiah utama cabutan bertuah sebuah motorsikal. Jangan lepaskan peluang ini!

Wednesday, March 4, 2009

MERENTAS DESA PULAU PINANG TAHUN 2009

Program Merentas Desa Pulau Pinang 2009 akan diadakan pada 5 April 2009 anjuran bersama Kelab Sukan Komuniti Bayan Lepas dan Persatuan Olahraga Amatur Pulau Pinang (POAPP). Laluan sejauh 6.0km hingga 8.0km yang akan melalui kawasan sawah padi dan pertanian, kawasan perkampungan, mendaki dan menuruni bukit, kawasan kampung-kampung nelayan Cina dan Melayu, kawasan pantai dan kawasan perumahan. Pihak penganjur akan menyediakan sebuah motorsikal sebagai hadiah utama dan lain-lain hadiah untuk cabutan bertuah bagi peserta yang layak menamatkan larian dengan tempoh masa yang ditetapkan. Mereka yang berminat sila dapatkan Borang Penyertaan dari Pusat Khidmat DUN Bayan Lepas, Kompleks Belia dan Sukan Batu Uban, Jabatan Belia dan Sukan Negeri dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah. Tarikh tutup mengembalikan Borang Penyertaan selewat-lewatnya pada 28 Mac 2009.