Friday, March 20, 2009

SIDANG AKHBAR- MERENTAS DESA PULAU PINANG 2009

Suatu sidang akhbar telah diadakan pada 20 Mac 2009, jam 10.00 pagi di Bilik Mesyuarat, Kompleks Belia dan Sukan Pulau Pinang di Batu Uban dengan disertai oleh pihak media. YB Syed Amerruddin selaku Pengerusi KSK Bayan Lepas telah memohon kerjasama pihak media untuk memainkan peranan menghebahkan program melalui media masing-masing. Manakala Dr. Doraisamy mewakili Persatuan Olahraga Amatur Pulau Pinang menyatakan kesediaan pihak persatuan untuk membantu acara ini dengan menyediakan lebih kurang 50 pegawai yang bertauliah. Majlis bergambar turut diadakan sebaik sahaja sidang akhbar yang serba ringkas dan sederhana itu tamat kira-kira 15 mini kemudian.

1 KOMEN:

Anonymous said...

Salam,

Terlebih dahulu terima kasih kerana meletakkan link perpustakaan desa Bandar Baru Teluk Kumbar di laman web Adun Bayan Lepas.

Banyak aktiviti yang bagus dijalankan di Teluk Kumbar...

Berkaitan aktiviti merentas desa Pulau Pinang 2009, saya juga akan letakkan borang dan syarat penyertaan di perpustakaan desa.

Dan jika ada info atau apa jua aktiviti di Teluk Kumbar dan kawasan berhampira, boleh teruskan emailkan info kepada saya di razifyusof@gmail.com

Saya sedia membantu dalam mempromosikan aktiviti di Teluk Kumbar.

Ikhlas,

Razif Yusof
Pen Peg Perpustakaan
http://pdsbtk.fotopages.com