Program Merentas Desa Pulau Pinang 2009 akan diadakan pada 5 April 2009 anjuran bersama Kelab Sukan Komuniti Bayan Lepas dan Persatuan Olahraga Amatur Pulau Pinang (POAPP). Laluan sejauh 6.0km hingga 8.0km yang akan melalui kawasan sawah padi dan pertanian, kawasan perkampungan, mendaki dan menuruni bukit, kawasan kampung-kampung nelayan Cina dan Melayu, kawasan pantai dan kawasan perumahan. Pihak penganjur akan menyediakan sebuah motorsikal sebagai hadiah utama dan lain-lain hadiah untuk cabutan bertuah bagi peserta yang layak menamatkan larian dengan tempoh masa yang ditetapkan.
Mereka yang berminat sila dapatkan Borang Penyertaan dari Pusat Khidmat DUN Bayan Lepas, Kompleks Belia dan Sukan Batu Uban, Jabatan Belia dan Sukan Negeri dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah. Tarikh tutup mengembalikan Borang Penyertaan selewat-lewatnya pada 28 Mac 2009. |
Wednesday, March 4, 2009
MERENTAS DESA PULAU PINANG TAHUN 2009
Posted by Setiausaha KSKBL at 11:12 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 KOMEN:
Post a Comment