Kira-kira jam 12.15 tengah malam, wakil rakyat DUN Bayan Lepas, YB Tuan Syed Amerruddin tiba di tempat kejadian kebakaran selepas beliau mempengerusi suatu mesyuarat di tempat lain. Kehadiran wakil rakyat pada waktu lewat malam itu sedikit sebanyak melegakan mangsa kebakaran tersebut. Tuan punya rumah, Pn Selamah Hj. Mohamad tidak ada di rumah semasa kejadian. Kebakaran yang dikatakan berlaku kira-kira jam 8.30 malam itu turut merosakkan sebahagian rumah kepunyaan En. Ahmad Said. Pengerusi dan Setiausaha JKKK (P) turut mengikuti lawatan itu bagi kali yang kedua. YB Tuan Syed Amerruddin meminta pemimpin tempatan khususnya Pengerusi JKKK(P) berusaha memberi bantuan melalui saluran yang sedia ada. Punca kejadian masih belum diketahui. |
Tuesday, January 20, 2009
ADUN Bayan Lepas menziarahi ahli keluarga mangsa kebakaran di Kg. Masjid, Telok Kumbar
Posted by Setiausaha KSKBL at 12:35 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 KOMEN:
perihatin sungguh yb, pemimpin yg berjiwa rakyat. Selepas ni x kira apa jua bencana dan kalau x de bencana pun yb kena turun padang berjumpa ngan orang kamping.
Post a Comment