Sunday, January 11, 2009

Pusat Khidmat DUN Bayan Lepas

Pusat Khidmat DUN Bayan Lepas telah beroperasi mulai awal bulan Disember 2008 bertempat di No.14, Tingkat Atas, Bandar Baru Telok Kumbar berkongsi ruang pejabat dengan Kelab Sukan Komuniti Bayan Lepas. Wakil Rakyat Kawasan Dewan Undangan Negeri Bayan Lepas, YB Tuan Syed Amerruddin Dato Syed Ahmad mengalu-alukan kehadiran orang ramai ke Pusat Khidmat Khidmat beliau. Selaku wakil rakyat yang berpengalaman, beliau bersedia untuk mendengar dan membantu penduduk yang ada masalah. Pusat Khidmat DUN Bayan Lepas ini akan dibuka pada setiap hari mulai Isnin hingga Jumaat pada setiap sesi pagi. Sebelah petang, beliau akan membuat lawatan kerja serta menghadiri perjumpaan-perjumpaan dengan pemimpin masyarakat dan sebagainya. Pegawai khas beliau juga bersedia untuk membantu penduduk semasa ketiadaan beliau di pejabat.

3 KOMEN:

Anonymous said...

Tahniah dan terima kasih kerana adanya Pusat Khidmat banyak akan membantu penduduk yang memerlukan pelbagai bantuan.

Anonymous said...

Saya cadang YB kena hebahkan, ramai yang tak tahu. Macam mana pun terima kasihlah kerana ada pusat khidmat di kawasan kami ini.

Anonymous said...

Salam.

Pusat Khidmat yang akan banyak membantu. Diminta juga pihak tuan melawat Perpustakaan Desa Bandar Baru Teluk Kumbar yang terletak bersebalahan kelas KAFA Bandar Baru Teluk Kumbar.

Terima kasih.

Laman Web: http://pdsbtk.fotopages.com