Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Merentas Desa Pulau Pinang Tahun 2010 pada 8 Disember 2009 di Bilik Mesyuarat Kelab Sukan Komuniti Bayan Lepas semalam bersetuju menganjurkan Merentas Desa Pulau Pinang Tahun 2010 pada 28 Februari 2010 dengan laluan trek yang lebih menarik dan bersesuaian dengan jiwa peminat acara merentas desa dalam dan luar negara. Dengan keindahan alam semula jadi, peserta akan melalui laluan berbukit, sawah, kebun sayur, kampung-kampung tradisional, kampung nelayan, tepian pantai dan sedikit menggunakan kawasan perumahan dan jalan raya. Banyak hadiah istimewa untuk cabutan bertuah disediakan dan motorsikal merupakan hadiah utama. Pada tahun ini, murid-murid sekolah bawah 12 tahun berpeluang menyertai Merentas Desa Pulau Pinang pada tahun ini. Jangan lepas peluang, sertailah Merentas Desa Pulau Pinang Tahun 2010! |
Wednesday, December 9, 2009
MERENTAS DESA PULAU PINANG TAHUN 2010
Posted by Setiausaha KSKBL at 1:58 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 KOMEN:
Borang bila edar?
Post a Comment