Wednesday, December 23, 2009

MERENTAS DESA PULAU PINANG 2010

Merentas Desa Pulau Pinang 2010 sekali lagi menemui peminat-peminat sukan merentas desa dengan laluan trek yang lebih mencabar fizikal dan mental para peserta. Laluan trek pada tahun ini yang lebih menarik dan amat menepati jiwa peminat acara merentas desa dari dalam mahupun luar negara. Dengan keindahan alam semula jadi, peserta akan melalui laluan berbukit, sawah, kebun sayur, kampung-kampung tradisional, kampung nelayan, tepian pantai dan sedikit menggunakan kawasan perumahan dan jalan raya. Banyak hadiah istimewa untuk cabutan bertuah disediakan dan motorsikal merupakan hadiah utama. Murid-murid sekolah bawah 12 tahun boleh menyertai Merentas Desa Pulau Pinang pada tahun ini. Jangan lepas peluang, sertailah Merentas Desa Pulau Pinang Tahun 2010! Sila muat-turun borang penyertaan dari laman blog ini. Tarikh tutup penyertaan 19 Februari 2010.

2 KOMEN:

Anonymous said...

Salam tn,
minta pusat khidmat tn dibuka pagi dan petang. kami terpaksa ke recsam tapi kami tinggal sebelah balik pulau. tolonglah kami.

Anonymous said...

Tahniah kpd KSK BL diatas kejayaan memenangi Anugerah Sukan Untuk Semua Kebangsaan 2010 Kategori KSK Cemerlang. Semoga kejayaan ini menyuntik semangat kpd smue AJK utk memartabatkn sukan di komuniti setempat.