Thursday, January 28, 2010

Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola MDPP 2010

Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Merentas Desa Pulau Pinang yang diadakan pada 25 Januari 2010 telah bersetuju menimbangkan beberapa cadangan tambahan untuk peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam MDPP 2010 ini. Oleh itu setiap peserta Merentas Desa Pulau Pinang 2010 yang akan diadakan pada 28 Februari 2010 akan berpeluang memperolehi:

  1. Pingat Pemenang setiap kategori.
  2. Pingat Penamat kepada peserta-peserta.
  3. Mini hamper kepada 5 pemenang setiap kategori.
  4. Menyediakan minuman Milo dan makanan percuma (ais krim dan roti bun)
  5. Sijil Penyertaan kepada semua peserta.
  6. Baju T kepada semua peserta.
  7. Kopon Cabutan Bertuah.
Jawatankuasa Pengelola sedang menghubungi pemilik-pemilik Homestay yang beroperasi di kawasan Teluk Kumbar dan Bayan Lepas untuk peserta-peserta dari luar Pulau Pinang yang memerlukan penginapan.

2 KOMEN:

Anonymous said...

harap dpt tunjukkan baju t larian, t.k.

Anonymous said...

pingat penamat/finisher medal adalah penting untuk menarik pelari luar datang. Goodie bags dari penaja juga amat dialu-alukan. Kemudahan drinking station juga amat penting.