Sunday, November 29, 2009

PERTANDINGAN BOLA SEPAK LSK BAYAN LEPAS BERMULA!

Pada hari ini 29 Nov. 2009 jam 9.00 pagi Kejohanan Bola Sepak Liga Sukan Komuniti DUN Bayan Lepas anjuran KSK Bayan Lepas dengan kerjasama JKKK(P) Teluk Kumbar dan Belia 4B Teluk Kumbar telah bermula. Menurut Sdr Hisham Hamid, Pengerusi Belia 4 B Teluk Kumbar sebanyak 20 buah pasukan telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini. Pengerusi JKKK(P) Teluk Kumbar, Sdr Md. Rosli Hj. Saaid turut menyaksikan perlawanan pertama pada pagi ini.
Kehadiran pemain dan penyokong begitu ramai pada pagi ini memenuhi ruang di sekeliling padang ini. Tiada insiden kekasaran pemain yang berlaku setakat berita ini ditulis. Semua pengurus/ketua pasukan diharap dapat mengawal emosi pemain masing-masing supaya tidak terlalu ghairah hingga terlupa kepada etika dan semangat dalam bersukan. Ada di kalangan pengurus/ketua pasukan yang ditemubual bersetuju dan menyokong supaya kejohanan seumpama ini dapat diteruskan dari masa ke semasa kerana penganjuran pertandingan bola sepak sekarang ini tidak sehebat dahulu. Majlis penyampaian hadiah dan cenderamata akan disempurnakan oleh YB Tuan Syed Amerrudddin Dato' Syed Ahmad, ADUN Bayan Lepas merangkap Pengerusi KSK Bayan Lepas kira jam 6.30 petang ini. Walaubagaimana pun KSK Bayan Lepas ingin merakamkan syabas dan tahniah kepada JKKK(P) Teluk Kumbar dan Belia 4B Teluk Kumbar selaku Jawatankuasa Pengelola telah berjaya mendapatkan penyertaan yang amat memberangsangkan meliputi pasukan-pasukan dari setiap tempat/kawasan dalam DUN Bayan Lepas.

0 KOMEN: