Saturday, November 28, 2009

Penyertaan pasukan dalam Liga Sukan Komuniti memberangsangkang!

Pada 29 November 2009, Ahad Kelab Sukan Komuniti Bayan Lepas dengan kerjasama JKKKP Teluk Kumbar dan Persatuan Belia 4B Teluk Kumbar akan menganjurkan Liga Sukan Komuniti Bola Sepak DUN Bayan Lepas di Padang Perda Teluk Kumbar. Sdr Hisham Hamid, Pengerusi Persatuan Belia 4B Teluk Kumbar melaporkan sebanyak 20 pasukan akan mengambil bahagian pada hari esok yang akan bermula jam 8.00 pagi. Selain hadiah wang tunai untuk Johan RM500, Naib Johan RM300, Ketiga RM150 dan Keempat RM100, penganjur bercadang memberi cenderamata kepada setiap pemain bagi pasukan-pasukan yang berjaya ke peringkat suku akhir. Semua pemain akan diberikan subsidi untuk makan tengah hari. YB Tuan Syed Amerruddin Dato' Syed Ahmad, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Teluk Kumbar akan menyampaikan hadiah dan cenderamata kepada pasukan dan pemain-pemain yang berjaya pada sebelah petangnya. Semua peminat dijemput hadir beramai-ramai untuk menyaksikan kejohanan tersebut yang mendapat sambutan sangat memberangsangkan bagi kawasan DUN Bayan Lepas.

0 KOMEN: