Thursday, December 23, 2010
Monday, December 6, 2010
ADUN Bayan Lepas menziarahi keluarga kurang bernasib baik!
Thursday, December 2, 2010
Mesyuarat Jawatankuasa KSK Bayan Lepas
Semua ahli Jawatankuasa KSK Bayan Lepas dijemput hadir mesyuarat tersebut di atas pada 6 Disember 2010 jam 9.00 malam di Bilik Mesyuarat Kelab Sukan Komuniti Bayan Lepas, Pulau Pinang. Kehadiran tuan amat dihargai bagi tujuan membincangkan beberapa perkara terutama persiapan menganjurkan Merentas Pulau Pinang Yang Ketiga dan lain-lain aktiviti bagi tahun 2011. Harap maklum, terima kasih. |
Friday, November 5, 2010
Anugerah Sukan Untuk Semua Kategori KSK Cemerlang Tahun 2010
KSK Bayan Lepas telah dicalonkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang untuk Anugerah Sukan Untuk Semua (ASUS) kategori KSK Cemerlang 2010. Tarikh tutup pencalonan pada 31 Julai 2010. KSK Bayan Lepas sebenarnya mengadakan aktiviti-aktiviti sepanjang tahun tanpa mempunyai cita-cita untuk menerima sebarang anugerah dari mana-mana pihak. Walau bagaimanapun, KSK Bayan Lepas telah dicalonkan untuk ASUS 2010 bagi kategori KSK Cemerlang. Pada 11 November 2010 jam 10.00 pagi, Pengerusi, Setiausaha dan beberapa AJK akan mengadakan pembentangan di Alor Setar, Kedah. KSK Bayan Lepas akan cuba memenuhi kriteria dan kehendak panel pemilihan dalam sesi itu nanti selari dengan Visi KSK Bayan Lepas iaitu " Menjadikan KSK Bayan Lepas salah sebuah kelab sukan yang cemerlang di Pulau Pinang pada tahun 2010". |
Monday, March 1, 2010
Sunday, February 28, 2010
Merentas Desa Pulau Pinang 2010 anjuran bersama Kelab Sukan Komuniti Bayan Lepas dan Persatuan Olahraga Amatur Pulau Pinang telah berjaya dijalankan pada awal pagi tadi dengan baik dan lancar. Jumlah penyertaan yang bertambah hampir 3 kali ganda pada tahun 2010 mencerminkan minat yang bertambah baik di kalangan peserta dalam negeri dan luar negeri dalam acara ini. Keputusan penuh boleh dilihat di sebelah. Terima kasih kepada semua pihak yang turut menjayakan acara MDPP pada tahun ini. |
Friday, February 26, 2010
PERHATIAN: Peserta-peserta berkenderaan diminta meletak kereta ditempat-tempat seperti berikut: 1. Di bahu jalan (sebelah kiri) Jalan Kg. Masjid (kecuali dari tempat permulaan larian ke Jalan Besar Teluk Kumbar tidak dibenarkan). 2. Tempat letakereta di kawasan rumah kedai sekitar Bandar Baru Teluk Kumbar. 3. Sekitar kawasan Industri Kecil Sederhana (IKS) Bandar Baru Teluk Kumbar. 4. Hadapan SK Seri Bayu. 5. Hadapan SMK Teluk Kumbar. 6. Tepi Jalan Besar Teluk Kumbar Walau bagaimanapun pemilik kenderaan perlu memastikan bahawa kenderaan yang diletak tidak menghalang pengguna-pengguna jalan raya yang lain. Harap maklum. |
Monday, February 22, 2010
![]() Sempena Merentas Desa Pulau Pinang 2010, semalam jam 3.00 petang bertempat di padang SMK Teluk Kumbar II, Jurulatih Kebangsaan dan bekas Atlet Olympik Negara, PLBS Peyadesa telah mengendalikan 'Klinik Pembangunan Olahraga'. Lebih kurang 40 peserta yang hadir menyertai klinik tersebut. |
Friday, February 19, 2010
Hari ini 19 Februari 2010 adalah tarikh akhir penerimaan borang penyertaan Merentas Desa Pulau Pinang 2010 yang akan berlangsung pada 28 Februari 2010 jam 7.30 pagi di Teluk Kumbar-Sg. Batu, Pulau Pinang. Penyertaan pada tahun ini amat memberangsangkan berbanding dengan tahun lalu telah melebihi sasaran yang ditetapkan oleh pihak penganjur. Peserta-peserta yang ditemui memberitahu mereka berminat menyertai MDPP 2010 ini kerana laluannya sangat menarik, mencabar dan inilah sebenarnya yang dikatakan 'merentas desa'. Penyertaan bagi kategori 12 tahun ke bawah kurang memberangsangkan terutama dari sekolah-sekolah rendah yang berhampiran dengan acara ini berlangsung. Sedangkan murid-murid dari jauh umpamanya Teluk Intan, Perak , sekolah rendah Tamil dari Daerah Timur Laut dan sekolah rendah Cina dari Seberang Perai telah mendaftarkan diri sebagai peserta. Banyak sekolah menengah dari daerah lain seperti Timur Laut dan Seberang Perai yang mengambil bahagian dan setakat ini baru sebuah sekolah menengah dalam Daerah Barat Daya mengambil bahagian. Dimanakah silapnya? Sedangkan setiap penyertaan murid bayaran sebanyak RM5 sahaja sebaliknya pihak penganjur terpaksa mensubsidikan tidak kurang RM4.00 seorang untuk mendapatkan sehelai baju T, sijil penyertaan, makan dan minum percuma, ais krim dan hadiah-hadiah cabutan bertuah. |
Monday, February 15, 2010
Wednesday, February 3, 2010
![]() |
Thursday, January 28, 2010
Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola MDPP 2010
Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Merentas Desa Pulau Pinang yang diadakan pada 25 Januari 2010 telah bersetuju menimbangkan beberapa cadangan tambahan untuk peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam MDPP 2010 ini. Oleh itu setiap peserta Merentas Desa Pulau Pinang 2010 yang akan diadakan pada 28 Februari 2010 akan berpeluang memperolehi:
|
Tuesday, January 12, 2010
INFO: MERENTAS DESA PULAU PINANG 2010
Penganjur: KSK Bayan Lepas dan Persatuan Olahraga Amatur Pulau Pinang (PAAA)
Borang Penyertaan boleh didapati daripada:
1. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang di Tingkat 40 KOMTAR
2. Pejabat-Pejabat Belia dan Sukan Daerah (Barat Daya/Timur Laut/SPS/SPT/SPU)
3. Pejabat KSK Bayan Lepas/Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bayan Lepas Isnin-Khamis 9.00pg - 12.00 tgh. (No.14 Tingkat Atas, Bandar Baru Perda Teluk Kumbar - lokasi: antara Restauran Zainab dan Restauran Qudrat.
4. Persatuan Olahraga Amatur Pulau Pinang (PAAA) -belakang Cafetaria/Mini Market Seameo-Recsam, Gelugor, Pulau Pinang. Isnin-Jumaat 6.00ptg-8.00mlm. Sabtu-Ahad 3.00-6.00 ptg.
5. Muat-turun dari laman blog Kelab Sukan Komuniti Bayan Lepas - http://kskbayanlepas.blogspot.com.
Jarak larian: Lelaki Terbuka - 8km, Wanita Terbuka/Lelaki Junior/Wanita Junior/Lelaki Junior Vet./Lelaki Senior Vet./Wanita Veteran - 6 km. dan Kanak-Kanak 12 Tahun ke bawah - 2.5 km.
Hadiah dan lain-lain: Pingat untuk pemenang bagi semua kategori, Sijil Penyertaan, Baju T, Cabutan Bertuah dan Minuman Percuma.
Sebarang pertanyaan sila hubungi: Rusli Hashim 012-5387423 / Govind 016-4628260 / Razani 013-5397531 / 04-6493922.
Tarikh Tutup: 19 Februari 2010. |
Subscribe to:
Posts (Atom)