Monday, February 22, 2010

Pendaftaran Merentas Desa Pulau Pinang masih dilanjutkan hingga 24 Februari 2010 berasaskan "First Come, First Serve' dan pihak urusetia tidak dapat menjanjikan saiz baju yang dikehendaki bagi penyertaan lewat. Penyertaan MDPP 2010 masih dibuka bukan kerana tidak mendapat sambutan sebaliknya memberi peluang dan galakan terutama murid-murid sekolah rendah yang masih rendah dari segi jumlah penyertaan. Namun jumlah murid-murid dari sekolah yang berhampiran masih rendah bilangan jika dibandingkan dengan penyertaan dari sekolah-sekolah dari luar daerah dan negeri-negeri berhampiran. Penyertaan Sambutan penyertaan bagi MDPP 2010 amat memberangsangkan dengan jumlah penyertaan boleh mencapai jumlah 1500 peserta berbanding penyertaan 2009 cuma 500 peserta sahaja.
Sempena Merentas Desa Pulau Pinang 2010, semalam jam 3.00 petang bertempat di padang SMK Teluk Kumbar II, Jurulatih Kebangsaan dan bekas Atlet Olympik Negara, PLBS Peyadesa telah mengendalikan 'Klinik Pembangunan Olahraga'. Lebih kurang 40 peserta yang hadir menyertai klinik tersebut.

0 KOMEN: