Friday, February 19, 2010

Hari ini 19 Februari 2010 adalah tarikh akhir penerimaan borang penyertaan Merentas Desa Pulau Pinang 2010 yang akan berlangsung pada 28 Februari 2010 jam 7.30 pagi di Teluk Kumbar-Sg. Batu, Pulau Pinang. Penyertaan pada tahun ini amat memberangsangkan berbanding dengan tahun lalu telah melebihi sasaran yang ditetapkan oleh pihak penganjur. Peserta-peserta yang ditemui memberitahu mereka berminat menyertai MDPP 2010 ini kerana laluannya sangat menarik, mencabar dan inilah sebenarnya yang dikatakan 'merentas desa'. 
Penyertaan bagi kategori 12 tahun ke bawah kurang memberangsangkan terutama dari sekolah-sekolah rendah yang berhampiran dengan acara ini berlangsung. Sedangkan murid-murid dari jauh umpamanya Teluk Intan, Perak , sekolah rendah Tamil dari Daerah Timur Laut dan sekolah rendah Cina dari Seberang Perai telah mendaftarkan diri sebagai peserta. Banyak sekolah menengah dari daerah lain seperti Timur Laut dan Seberang Perai yang mengambil bahagian dan setakat ini baru sebuah sekolah menengah dalam Daerah Barat Daya mengambil bahagian. Dimanakah silapnya? Sedangkan setiap penyertaan murid bayaran sebanyak RM5 sahaja sebaliknya pihak penganjur terpaksa mensubsidikan tidak kurang RM4.00 seorang untuk mendapatkan sehelai baju T, sijil penyertaan, makan dan minum percuma, ais krim dan hadiah-hadiah cabutan bertuah. 

0 KOMEN: