Pada hari ini 29 Nov. 2009 jam 9.00 pagi Kejohanan Bola Sepak Liga Sukan Komuniti DUN Bayan Lepas anjuran KSK Bayan Lepas dengan kerjasama JKKK(P) Teluk Kumbar dan Belia 4B Teluk Kumbar telah bermula. Menurut Sdr Hisham Hamid, Pengerusi Belia 4 B Teluk Kumbar sebanyak 20 buah pasukan telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini. Pengerusi JKKK(P) Teluk Kumbar, Sdr Md. Rosli Hj. Saaid turut menyaksikan perlawanan pertama pada pagi ini.
Kehadiran pemain dan penyokong begitu ramai pada pagi ini memenuhi ruang di sekeliling padang ini. Tiada insiden kekasaran pemain yang berlaku setakat berita ini ditulis. Semua pengurus/ketua pasukan diharap dapat mengawal emosi pemain masing-masing supaya tidak terlalu ghairah hingga terlupa kepada etika dan semangat dalam bersukan.
Ada di kalangan pengurus/ketua pasukan yang ditemubual bersetuju dan menyokong supaya kejohanan seumpama ini dapat diteruskan dari masa ke semasa kerana penganjuran pertandingan bola sepak sekarang ini tidak sehebat dahulu.
Majlis penyampaian hadiah dan cenderamata akan disempurnakan oleh YB Tuan Syed Amerrudddin Dato' Syed Ahmad, ADUN Bayan Lepas merangkap Pengerusi KSK Bayan Lepas kira jam 6.30 petang ini. Walaubagaimana pun KSK Bayan Lepas ingin merakamkan syabas dan tahniah kepada JKKK(P) Teluk Kumbar dan Belia 4B Teluk Kumbar selaku Jawatankuasa Pengelola telah berjaya mendapatkan penyertaan yang amat memberangsangkan meliputi pasukan-pasukan dari setiap tempat/kawasan dalam DUN Bayan Lepas.
|
Sunday, November 29, 2009
PERTANDINGAN BOLA SEPAK LSK BAYAN LEPAS BERMULA!
Saturday, November 28, 2009
Penyertaan pasukan dalam Liga Sukan Komuniti memberangsangkang!
Pada 29 November 2009, Ahad Kelab Sukan Komuniti Bayan Lepas dengan kerjasama JKKKP Teluk Kumbar dan Persatuan Belia 4B Teluk Kumbar akan menganjurkan Liga Sukan Komuniti Bola Sepak DUN Bayan Lepas di Padang Perda Teluk Kumbar. Sdr Hisham Hamid, Pengerusi Persatuan Belia 4B Teluk Kumbar melaporkan sebanyak 20 pasukan akan mengambil bahagian pada hari esok yang akan bermula jam 8.00 pagi.
Selain hadiah wang tunai untuk Johan RM500, Naib Johan RM300, Ketiga RM150 dan Keempat RM100, penganjur bercadang memberi cenderamata kepada setiap pemain bagi pasukan-pasukan yang berjaya ke peringkat suku akhir. Semua pemain akan diberikan subsidi untuk makan tengah hari. YB Tuan Syed Amerruddin Dato' Syed Ahmad, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Teluk Kumbar akan menyampaikan hadiah dan cenderamata kepada pasukan dan pemain-pemain yang berjaya pada sebelah petangnya. Semua peminat dijemput hadir beramai-ramai untuk menyaksikan kejohanan tersebut yang mendapat sambutan sangat memberangsangkan bagi kawasan DUN Bayan Lepas.
|
Friday, November 20, 2009
LIGA SUKAN KOMUNITI BAYAN LEPAS 2009
Pada 8 November 2009 KSK Bayan Lepas telah menganjurkan Liga Sukan Komuniti Sepak Takraw di gelanggang Sepak Takraw Sungai Batu. Disertai oleh 17 pasukan/regu sekitar DUN Bayan Lepas. Majlis Penyampaian Hadiah dan Saguhati kepada pasukan pemenang disempurnakan oleh YB Syed Amerruddin Dato' Hj. Syed Ahmad, ADUN Bayan Lepas. Sekalung tahniah kepada JKKK(P) Sg. Batu, Kelab Belia Sg. Batu dan Persatuan Pengadil Sepak Takraw DBD kerana berjaya mengadakan pertandingan tersebut dengan baik dan lancarnya.
Pada 20 Nov. 2009, jam 9.00 malam bertempat di Pusat Khidmat DUN Bayan Lepas akan diadakan undian kumpulan kepada pasukan-pasukan bola jaring yang mengambil bahagian. Pertandingan Bola Jaring akan diadakan pada 22 November 2009 (Ahad) bertempat di padang SMK Teluk Kumbar II. Sebarang pertanyaan sila hubungi Sdr Aizar Bin Md. Said (HP No: 017-4976433), Pengerusi Kelab Seri Gemuroh Teluk Kumbar merangkap Timbalan Pengerusi Pengelola Liga Sukan Komuniti Bola Jaring.
Manakala pertandingan bola sepak pula, akan diadakan undian kumpulan pada jam 9.00 malam 25 November 2009 di Bilik Mesyuarat Dewan Gerakan Masyarakat Perda Teluk Kumbar. Pertandingan Liga Bola Sepak akan diadakan pada 29 November 2009 di padang awam Teluk Kumbar. Sebarang pertanyaan sila hubungi Sdr. Hisham Abdul Hamid (HP No: 019-4500007), Pengerusi Belia 4B (M) Teluk Kumbar merangkap Timbalan Pengerusi Pengelola Liga Sukan Komuniti Bola Sepak.
|
Sunday, November 1, 2009
LIGA SUKAN KOMUNITI BAYAN LEPAS BERMULA!!!!
LIGA SUKAN KOMUNITI BAYAN LEPAS AKAN BERMULA DENGAN PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW YANG AKAN DIADAKAN PADA 8 NOVEMBER 2009 DI GELANGGANG SEPAK TAKRAW SUNGAI BATU. YANG BERMINAT SILA MUAT TURUN BORANG PENYERTAAN MELALUI BLOG INI. TARIKH TUTUP PENYERTAAN PADA 4 NOVEMBER 2009 JAM 9.00 MALAM. ANDA BOLEH DAPATKAN BORANG PENYERTAAN MELALUI PUSAT KHIDMAT DUN BAYAN LEPAS. BAYARAN PENYERTAAN HANYA RM10.00 BAGI SETIAP PASUKAN/REGU.
PERTANDINGAN BOLA JARING AKAN DIADAKAN PADA 22 NOVEMBER 2009. BORANG PENYERTAAN BOLA JARING AKAN DIKELUARKAN SELEWAT-LEWATNYA SEMINGGU SEBELUM TARIKH PERTANDINGAN. SEMENTARA ITU PERTANDINGAN BOLA SEPAK DAN BADMINTON AKAN DIADAKAN DALAM BULAN DESEMBER 2009 NANTI. JAWATANKUASA PENGELOLA BELUM MEMUTUSKAN TARIKH DAN VENUE PERTANDINGAN.
SEBARANG PERTANYAAN BERKAITAN LIGA SUKAN KOMUNITI DUN BAYAN LEPAS SILA HUBUNGI RUSLI HASHIM, SETIAUSAHA KSK BAYAN LEPAS (012-5387423 / 046492106) |
Monday, October 12, 2009
Rumah Terbuka DUN Bayan Lepas 2009
Majlis Rumah Terbuka DUN Bayan Lepas anjuran Kelab Sukan dan Rekreasi Kg. Nelayan dan Pusat Khidmat DUN Bayan Lepas pada 11 Oktober 2009, Ahad yang lalu telah mendapat sambutan yang amat baik dari penduduk sekitar Teluk Kumbar. Pengunjung yang datang terdiri dari pelbagai kaum mencerminkan semangat 1 Malaysia mulai diterima rakyat. Pelbagai juadah dan minuman telah disediakan oleh para petugas yang bertungkus lumus memastikan makanan dan minuman mencukupi.
Pusat Khidmat DUN Bayan Lepas ingin mengucapkan penghargaan terima kasih kepada Kelab Sukan dan Rekreasi Kg. Nelayan serta seluruh ahli jawatankuasa kerja yang telah bekerja keras sejak beberapa bulan yang lalu sebagai persiapan bagi mengadakan Jamuan Terbuka pada kali ini. Sekalung tahniah patut diberikan kepada Pengerusi Kelab Sukan dan Rekreasi Kg. Nelayan, Sdr Ahmad Safri dan ahli jawtankuasanya di atas kejayaan itu.
Kesempatan ini YB Tuan Syed Amerruddin mengucapkan terima kasih kepada semua para pengunjung yang hadir ke Majlis Rumah Terbuka pada tahun ini dan beliau memohon maaf sekiranya ada kekurangan atau kelemahan di mana-mana di sepanjang majlis itu berlangsung. Beliau berharap majlis seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang kerana ianya dapat merapatkan hubungan silaturahim dan kemesraan di kalangan rakyat pelbagai kaum melalui semangat 1 Malaysia.
|
Tuesday, September 15, 2009
Menziarahi dan Menyampaikan Sumbangan Duit Raya
Ahad, 13 Sept. 2009 YB Syed Amerruddin telah menziarahi beberapa keluarga yang kurang bernasib baik di kawasan Teluk Kumbar. Beliau telah menyampaikan sumbangan duit raya daripada UDA kepada setiap keluarga yang diziarahi. Pengidap penyakit lumpuh sebahagian badan, Saidin berumur kira-kira 62 tahun mengidap penyakit lumpuh sejak 6 tahun yang lalu. Sebenarnya golongan orang kurang upaya masih ramai yang menghadapi nasib yang sama perlu pembelaan dan sumbangan daripada pihak-pihak yang berkemampuan. Seperti tahun-tahun lalu, UDA sekali lagi sudi menghulur sumbangan kepada golongan miskin dan yang tidak bernasib baik bagi meringankan beban mereka untuk persiapan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini. YB Syed Amerruddin selaku wakil rakyat kawasan DUN Bayan Lepas telah mengadakan beberapa siri lawatan ke kampung-kampung untuk menyampaikan sendiri bantuan Hari Raya kepada mereka yang memerlukan. Terima kasih kepada semua Pengerusi JKKKP dan pemimpin-pemimpin masyarakat yang telah membantu Pusat Khidmat DUN Bayan Lepas untuk mengenalpasti mereka yang layak menerima bantuan tersebut. |
Program Menjalur Gemilang Bandar
Pelancaran Jalur Gemilang anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas Pulau Pinang di Pusat Khidmat KADUN Bayan Lepas telah dihadiri oleh Pengerusi-Pengerusi JKKKP kawasan DUN Bayan Lepas. Pengarah JASA turut hadir dalam majlis penyerahan Jalur Gemilang yang disempurnakan oleh YB Syed Amerruddin Dato' Syed Ahmad, ADUN Bayan Lepas. Selepas majlis YB Syed, Pengarah JASA dan beberapa Pengerusi JKKK menyertai aktiviti menyerahkan Jalur Gemilang kepada pemilik-pemilik premis perniagaan di kawasan Bandar Baru Telok Kumbar. |
Subscribe to:
Posts (Atom)











