Merentas Desa Pulau Pinang 2010 anjuran bersama Kelab Sukan Komuniti Bayan Lepas dan Persatuan Olahraga Amatur Pulau Pinang telah berjaya dijalankan pada awal pagi tadi dengan baik dan lancar. Jumlah penyertaan yang bertambah hampir 3 kali ganda pada tahun 2010 mencerminkan minat yang bertambah baik di kalangan peserta dalam negeri dan luar negeri dalam acara ini. Keputusan penuh boleh dilihat di sebelah. Terima kasih kepada semua pihak yang turut menjayakan acara MDPP pada tahun ini. |
Sunday, February 28, 2010
Friday, February 26, 2010
PERHATIAN: Peserta-peserta berkenderaan diminta meletak kereta ditempat-tempat seperti berikut: 1. Di bahu jalan (sebelah kiri) Jalan Kg. Masjid (kecuali dari tempat permulaan larian ke Jalan Besar Teluk Kumbar tidak dibenarkan). 2. Tempat letakereta di kawasan rumah kedai sekitar Bandar Baru Teluk Kumbar. 3. Sekitar kawasan Industri Kecil Sederhana (IKS) Bandar Baru Teluk Kumbar. 4. Hadapan SK Seri Bayu. 5. Hadapan SMK Teluk Kumbar. 6. Tepi Jalan Besar Teluk Kumbar Walau bagaimanapun pemilik kenderaan perlu memastikan bahawa kenderaan yang diletak tidak menghalang pengguna-pengguna jalan raya yang lain. Harap maklum. |
Monday, February 22, 2010
Friday, February 19, 2010
Hari ini 19 Februari 2010 adalah tarikh akhir penerimaan borang penyertaan Merentas Desa Pulau Pinang 2010 yang akan berlangsung pada 28 Februari 2010 jam 7.30 pagi di Teluk Kumbar-Sg. Batu, Pulau Pinang. Penyertaan pada tahun ini amat memberangsangkan berbanding dengan tahun lalu telah melebihi sasaran yang ditetapkan oleh pihak penganjur. Peserta-peserta yang ditemui memberitahu mereka berminat menyertai MDPP 2010 ini kerana laluannya sangat menarik, mencabar dan inilah sebenarnya yang dikatakan 'merentas desa'. Penyertaan bagi kategori 12 tahun ke bawah kurang memberangsangkan terutama dari sekolah-sekolah rendah yang berhampiran dengan acara ini berlangsung. Sedangkan murid-murid dari jauh umpamanya Teluk Intan, Perak , sekolah rendah Tamil dari Daerah Timur Laut dan sekolah rendah Cina dari Seberang Perai telah mendaftarkan diri sebagai peserta. Banyak sekolah menengah dari daerah lain seperti Timur Laut dan Seberang Perai yang mengambil bahagian dan setakat ini baru sebuah sekolah menengah dalam Daerah Barat Daya mengambil bahagian. Dimanakah silapnya? Sedangkan setiap penyertaan murid bayaran sebanyak RM5 sahaja sebaliknya pihak penganjur terpaksa mensubsidikan tidak kurang RM4.00 seorang untuk mendapatkan sehelai baju T, sijil penyertaan, makan dan minum percuma, ais krim dan hadiah-hadiah cabutan bertuah. |
Monday, February 15, 2010
Wednesday, February 3, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)