Merentas Desa Pulau Pinang 2010 sekali lagi menemui peminat-peminat sukan merentas desa dengan laluan trek yang lebih mencabar fizikal dan mental para peserta. Laluan trek pada tahun ini yang lebih menarik dan amat menepati jiwa peminat acara merentas desa dari dalam mahupun luar negara. Dengan keindahan alam semula jadi, peserta akan melalui laluan berbukit, sawah, kebun sayur, kampung-kampung tradisional, kampung nelayan, tepian pantai dan sedikit menggunakan kawasan perumahan dan jalan raya. Banyak hadiah istimewa untuk cabutan bertuah disediakan dan motorsikal merupakan hadiah utama. Murid-murid sekolah bawah 12 tahun boleh menyertai Merentas Desa Pulau Pinang pada tahun ini. Jangan lepas peluang, sertailah Merentas Desa Pulau Pinang Tahun 2010! Sila muat-turun borang penyertaan dari laman blog ini. Tarikh tutup penyertaan 19 Februari 2010. |
Wednesday, December 23, 2009
MERENTAS DESA PULAU PINANG 2010
Thursday, December 17, 2009
Liga Sukan Komuniti BADMINTON Kawasan DUN Bayan Lepas akan diadakan pada 27 Disember 2009 jam 8.00 pagi bertempat di Dewan SMK Teluk Kumbar. Tarikh tutup penyertaan pada 23 Disember 2009. Yuran penyertaan hanya RM10.00 bagi satu pasukan yang terdiri daripada satu perseorangan lelaki, satu bergu lelaki dan satu bergu wanita. Hadiah wang tunai sebanyak RM500 untuk pasukan johan, RM300 untuk Naib Johan, RM200 untuk tempat ketiga dan RM100 untuk tempat keempat. Yang berminat boleh mendapatkan Borang Penyertaan dari Pusat Khidmat DUN Bayan Lepas atau muat turun dari blog ini. Jangan tunggu lagi!!! |
Sunday, December 13, 2009
Wednesday, December 9, 2009
MERENTAS DESA PULAU PINANG TAHUN 2010
Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Merentas Desa Pulau Pinang Tahun 2010 pada 8 Disember 2009 di Bilik Mesyuarat Kelab Sukan Komuniti Bayan Lepas semalam bersetuju menganjurkan Merentas Desa Pulau Pinang Tahun 2010 pada 28 Februari 2010 dengan laluan trek yang lebih menarik dan bersesuaian dengan jiwa peminat acara merentas desa dalam dan luar negara. Dengan keindahan alam semula jadi, peserta akan melalui laluan berbukit, sawah, kebun sayur, kampung-kampung tradisional, kampung nelayan, tepian pantai dan sedikit menggunakan kawasan perumahan dan jalan raya. Banyak hadiah istimewa untuk cabutan bertuah disediakan dan motorsikal merupakan hadiah utama. Pada tahun ini, murid-murid sekolah bawah 12 tahun berpeluang menyertai Merentas Desa Pulau Pinang pada tahun ini. Jangan lepas peluang, sertailah Merentas Desa Pulau Pinang Tahun 2010! |
Thursday, December 3, 2009
LIGA SUKAN KOMUNITI BADMINTON DUN BAYAN LEPAS
Subscribe to:
Posts (Atom)