Friday, January 21, 2011

SIDANG AKHBAR: MERENTAS DESA PULAU PINANG 2011



Wednesday, January 19, 2011

MERENTAS DESA PULAU PINANG 2011

Sila klik pada banner di atas untuk imej yang lebih jelas!

Tuesday, January 18, 2011

SIDANG AKHBAR: Merentas Desa Pulau Pinang 2011

Sidang Akhbar Merentas Desa Pulau Pinang (MDPP) 2011 akan diadakan pada 21 Januari 2011 jam 9.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Pusat Khidmat DUN Bayan Lepas, Teluk Kumbar Pulau Pinang. YB Tuan Syed Amerruddin Dato' Syed Ahmad, Pengerusi KSK Bayan Lepas dan Dato' Presiden PAAA dijangka hadir dalam sidang akhbar tersebut.

Sunday, January 9, 2011

MERENTAS DESA PULAU PINANG 2011

Sekali lagi KSK Bayan Lepas dan Persatuan Olahraga Amatur Pulau Pinang (PAAA) akan menganjurkan Merentas Desa Pulau Pinang bagi tahun 2011 pada 6 Mac 2011. Selepas mesyuarat post mortem, pihak penganjur akan membuat beberapa penambahbaikan supaya acara MDPP 2011 lebih mencabar dan menarik lagi. Antara cadangan penambahbaikkan ialah:
  • Menambahkan pingat kepada pemenang Johan, Naib Johan dan Ketiga untuk semua kategori.
  • Pingat penamat semua kategori akan diberikan.
  • Setiap peserta akan memperolehi Sijil Penyertaan, Kopon Minuman, Kopon Ais Krim dan Roti.
  • Hadiah utama cabutan bertuah ialah 3 buah Mountain Bike yang bernilai RM4000 serta banyak lagi lain-lain hadiah lumayan.
  • Peserta-peserta akan melalui pantai, bukit-bukau, dusun, kebun sayur-sayuran dan kampung-kampung tradisional.
  • Pada tahun ini, penganjur akan menambah bilangan tandas yang mencukupi bagi memenuhi hajat peserta.
Borang penyertaan akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Harap maklum.

Thursday, December 23, 2010

Anugerah KSK Cemerlang tahun 2010 kepada KSK Bayan Lepas

Majlis ASUS di PICC

YB Syed menerima anugerah

AJK KSK Bayan Lepas bergambar
Semalam kira-kira jam 9.30 malam bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, KSK Bayan Lepas telah diumumkan sebagai KSK Cemerlang bagi tahun 2010. Sebanyak 12 buah Kelab Sukan Komuniti telah dicalonkan peringkat kebangsaan, cuma satu yang dipilih oleh ahli panel.
YB Tn Syed Amerruddin Dato' Syed Ahmad, Pengerusi KSK Bayan Lepas telah diberi penghormatan untuk menerima hadiah sebuah trofi, sijil pengiktirafan dan wang tunai RM5000 daripada wakil Menteri Belia dan Sukan dalam majlis itu. Pengerusi dan AJK KSK Bayan Lepas ingin melahirkan rasa gembira di atas pengiktirafan yang diberikan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Terima kasih kepada ahli panel Anugerah Sukan Untuk Semua dan terima kasih kepada semua pihak termasuklah agensi-agensi kerajaan dan NGO-NGO tempatan seperti Persatuan Olahraga Amatur Pulau Pinang (PAAA), Kelab Seri Gemuroh (MAYC), JKKK(P) Bukit Gemuroh, JKKK(P) Teluk Kumbar, JKKK(P) Sungai Batu, Pusat Khidmat DUN Bayan Lepas, Belia 4B Teluk Kumbar, Pertubuhan Wanita Kg. Suluk, Kelab Sukan dan Rekreasi Kg. Nelayan dan lain-lain yang telah memberi sokongan secara langsung mahupun tidak langsung kepada kelab ini hingga mencapai kejayaan yang tertinggi di peringkat kebangsaan pada tahun 2010.

Monday, December 6, 2010

ADUN Bayan Lepas menziarahi keluarga kurang bernasib baik!

YB Syed menjelaskan sesuatu!
Hari ini jam 11.30 pagi, ADUN Bayan Lepas, YB Syed Amerruddin Dato' Hj. Syed Ahmad bersama Pegawai Kebajikan Masyarakat serta pemimpin tempatan telah menziarahi beberapa keluarga kurang bernasib baik di Kg. Paya dan Kg. Jalan Sepakat Teluk Kumbar. Dalam lawatan itu, masalah rakyat didengar dan diberi perhatian oleh ADUN Bayan Lepas selari dengan konsep "Rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan". Pegawai Pejabat Kebajikan Masyarakat, En Asraf turut melakukan pemantauan dan penilaian bagi keluarga-keluarga yang layak dibantu. Usaha ADUN Bayan Lepas turun menemui rakyat yang kurang bernasib ini telah memberi sedikit suntikan semangat kepada keluarga tersebut. Masih ada pihak yang ingin membantu dan menyayangi mereka yang sudah penghujung usia. 
Sedang berbual dengan warga emas!




Thursday, December 2, 2010

Mesyuarat Jawatankuasa KSK Bayan Lepas

Semua ahli Jawatankuasa KSK Bayan Lepas dijemput hadir mesyuarat tersebut di atas pada 6 Disember 2010 jam 9.00 malam di Bilik Mesyuarat Kelab Sukan Komuniti Bayan Lepas, Pulau Pinang. Kehadiran tuan amat dihargai bagi tujuan membincangkan beberapa perkara terutama persiapan menganjurkan Merentas Pulau Pinang Yang Ketiga dan lain-lain aktiviti bagi tahun 2011. Harap maklum, terima kasih.