Friday, November 5, 2010

Anugerah Sukan Untuk Semua Kategori KSK Cemerlang Tahun 2010

KSK Bayan Lepas telah dicalonkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang untuk Anugerah Sukan Untuk Semua (ASUS) kategori KSK Cemerlang 2010. Tarikh tutup pencalonan pada 31 Julai 2010. KSK Bayan Lepas sebenarnya mengadakan aktiviti-aktiviti sepanjang tahun tanpa mempunyai cita-cita untuk menerima sebarang anugerah dari mana-mana pihak.
Walau bagaimanapun, KSK Bayan Lepas telah dicalonkan untuk ASUS 2010 bagi kategori KSK Cemerlang. Pada 11 November 2010 jam 10.00 pagi, Pengerusi, Setiausaha dan beberapa AJK akan mengadakan pembentangan di Alor Setar, Kedah. KSK Bayan Lepas akan cuba memenuhi kriteria dan kehendak panel pemilihan dalam sesi itu nanti selari dengan Visi KSK Bayan Lepas iaitu " Menjadikan KSK Bayan Lepas salah sebuah kelab sukan yang cemerlang di Pulau Pinang pada tahun 2010".